When the rain won't stop..
And when the sun won't appear.._____________________
"E..Eray?".
Berderau darah Helen apabila melihat Tengku Eray berdiri di situ dengan keadaan yang normal. Langsung tidak kelihatan seperti seorang yang mabuk. Helen menelan liur. Pucat habis wajahnya saat ini. E..Eray dengar ke apa yang dia cakap tadi?. Semuanya?.
"Eray, awak....".
"Mika!".
Belum sempat kata-kata Helen terluah, Rayden muncul menghampiri mereka berdua. Tengku Eray dan Helen menoleh ke arah Rayden.
"Thanks sebab bawa Mika ke bilik dia". Rayden memandang ke arah Helen.
"Er..you welcome". Balas Helen dengan teragak-agak. Sedikitpun pandangannya tidak dialihkan daripada Tengku Eray yang turut memandangnya.
"Dah lewat ni, Helina. Tak nak masuk tidur ke?". Soal Rayden hairan apabila melihat dua orang manusia dihadapannya saling merenung antara satu sama lain.
"Er..goodnight". Kata Helen lalu segera beredar dari situ. Telefon bimbitnya terpaksa dilupakan buat masa sekarang. Esok-esoklah dia ambil. Yang penting dia perlu pergi dari sini. Jantungnya sudah berdetak laju.
_________________________
"Hai Aisya. How are you?. Miss me?". Tegur Ailey ceria sebaik sahaja Aisya membuka pintu rumah untuknya. Tanpa segan, Ailey meloloskan diri ke dalam rumah lalu menuju ke dapur. Plastik-plastik berisi makanan ditangannya diletakkan di atas meja makan. "Dah lama tak breakfast sama-sama. Jadi kak Ailey bawakan makanan. Teringin nak breakfast sama-sama". Ailey memusingkan tubuhnya kebelakang. Menunggu Ailey menghampirinya.
"Wahhh...banyaknya makanan. Thanks akak. Aisya pun tengah lapar ni". Balas Aisya teruja sambil membelek-belek plastik berisi makanan di atas meja. "Lagi best kalau kak Helen pun ada sekali".
"Don't worry. Esok kak Ailey ajak kak Helen datang sini. Kita breakfast sama-sama".
"Cool!". Aisya tersenyum lebar. Laju tangannya mengeluarkan makanan yang dibeli oleh Ailey daripada plastik.
"Ailey...". Panggil Mak cik Zaima sebaik sahaja melangkah masuk ke dapur.
Ailey pantas menoleh. "Mak cik jom!. Kita breakfast sekali. Sedap makanan yang Ailey beli ni". Mak cik Zaina digamit dengan tangannya.
Mak cik Zaima tidak menjawap. Pandangannya dialihkan pada Aisya yang berada berhampiri Ailey. "Aisya..pergi duduk dekat ruang tamu dulu. Ibu ada hal sikit nak cakap dengan kak Ailey". Ucap Mak cik Zaima serius.
Aisya hanya menurut. Langkahnya segera diatur keliar daripada dapur.
Ailey mengerutkan dahinya. Tak pernah-pernah Mak cik Zaima serius selama ni. "Mak cik nak cakap apa?. Ada apa-apa masalah ke? Atau mak cik tak sihat?". Soal Ailey bertalu-talu.
Mak cik Zaima menggelengkan kepalanya sambil berjalan mendekati Ailey. "Bukan perkara tu yang mak cik nak cakap sekarang".
"O..key. Habis tu mak cik nak cakap tentang apa?".
"Kenapa Helen masih kerja dekat rumah Tuan Mika walaupun mak cik dah kembali berkerja dekat sana dan kenapa Helen tak benarkan mak cik panggil nama dia bila dekat rumah tu?". Luah mak cik Zaima ingin tahu.
Hampir tersedak Ailey mendengar pertanyaan itu. "Er..kenapa mak cik tanya soalan macam tu?. Helen kan dah cakap yang dia masih kerja dekat situ sebab nak tolong mak cik". Ailey cuba berselindung.
"Ailey jangan nak tipu mak cik".
"Mak cik...".
"Mak cik tengok macam mana Tuan Mika layan Helen. Macam-macam dia buat dekat Helen. Setahu mak cik Helen bukan jenis orang yang akan biarkan orang buat macam tu pada dia. Jadi apa yang buatkan Helen bertahan dengan apa yang Tuan Mika dah buat?. Bagitahu mak cik Ailey". Desak mak cik Zaima bersungguh-sungguh.

ANDA SEDANG MEMBACA
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...