Jika Memang Dia
°°°°°°°°°°°
Helen menghentikan langkahnya dihadapan sebuah apartmen. Beg tangannya diselongkar lalu segugus kunci dikeluarkan. Kemudian, kunci tersebut digunakan untuk membuka pintu dihadapannya. Pintu ditolak lalu Helen melangkah masuk ke dalam.
Suasana yang tadinya gelap bertukar cerah sebaik sahaja Helen menjejakkan kaki ke dalam apartmen tersebut. Kunci ditangannya dicampakkan ke atas sofa yang berada di situ lalu menuju ke sebuah bilik.
Sebaik sahaja Helen masuk ke dalam bilik, tubuhnya segera direbahkan ke atas katil. Keluhan berat dilepaskan. Telefon yang sedari tadi berdering dipandang. Nama Ailey terpapang diskrin. Usai bercakap dengan Tengku Eray, dia terus melarikan diri ke sini. Tidak sempat mahu bertemu dengan Ailey. Tidak hairanlah kalau Ailey menelefonnya.
Telefon bimbit Helen tekapkan pada telinga. "What?". Soal Helen acuh tak acuh. Malas mahu bercakap dengan sesiapa buat masa sekarang.
"Oh my god Helen!. Where are you?. Are you okay?". Kedengaran suara cemas Ailey dihujung talian.
"Relaks Ailey..i'm okay". Helen cuba menenangkan Ailey.
"Macam mana I nak okey kalau you hilang macam biskut aje. Sekejap ada, sekejap tak ada. Ni pun baru tadi, mama you call tanya you dekat mana. You bagitahu I sekarang you dekat mana. I datang ambil you".
"I okey. I ingat nak rehat beberapa hari ni. Tak payah cari I. Nanti I balik. Cakap dengan mama jangan risau".
"Tapi...".
"Tak ada tapi-tapi. I okey dekat sini. Bukan nak i buat apa-apa pun. I nak tenangkan fikiran aje". Bidas Helen pantas.
"Yalah..tenangkan fikiran tapi dekat mana?".
"Adalah. Okey bye!" Balas Helen pantas lalu segera memutuskan talian dan telefon bimbitnya dimatikan sebelum Ailey sempat berkata lebih lanjut.
Telefon bimbit Helen jatuhkan ke atas katil berhampiran dengannya. Kemudian, kelopak matanya dipejam rapat. Membiarkan dirinya terlena di situ.
❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄
Kelopak mata yang terpejam, Helen buka perlahan-lahan apabila mendengar bunyi sesuatu. Namun belum sampai beberapa saat kelopak matanya dipejamkan kembali. Mungkin bunyi daripada apartmen sebelahnya. Mungkin jirannya sedang membetulkan kedudukan katil ke, alih sofa ke, tengah naik basikal ke...tapi..sekejap!. Dia ada jiran ke?. Bukan apartmen bersebelahan dengannya kosong ke?. Lagipun, takkan lah dia boleh dengar bunyi daripada apartmen sebelahnya. Serta-merta mata Helen terbuka luas.
Dengan tergesa-gesa Helen turun daripada katil. Telefon bimbit yang berada dia atas katil diambil lalu langkahnya diatur keluar daripada bilik.
Langkah Helen terhenti apabila sampai ke ruang tamu rumahnya. Membuntang matanya apabila melihat seorang lelaki sedang duduk di sofa sambil matanya menghadap televisyen yang terpasang dihadapannya. Tengku Eray!.
"What you doing here?". Helen bersuara dengan wajah yang bengang.
Tengku Eray yang sedang menonton televisyen menoleh kebelakang. Serta-merta Tengku Eray bangun daripada sofa lalu berdiri dihadapan Helen dengan senyuman lebar dibibirnya. Seolah-olah mereka berdua tidak pernah bertengkar. "Hai. Dah bangun?. Lama Eray tunggu Helen. Ingatkan Helen dah tak nak ban....".
"Macam mana awak boleh masuk?". Helen memandang Tengku Eray tajam. Eray?. Helen?.
"Ada sebab kenapa orang panggil saya bad boy. I have my way". Ujar Tengku Eray dengan senyuman yang semakin melebar.
ANDA SEDANG MEMBACA
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...
