pARt🍃55

2.3K 164 1
                                    

When the light disappear..
The only thing that stay is darkness..

         __________________________

"Apa yang saya tak tahu?. Apa?!!". Helen mendekati Tengku Eray. "I know every single part of you. Lebih daripada awak kenal diri awak sendiri, Eray Mika".

              Kelihatan Tengku Eray tergaman buat seketika sebelum bersuara kembali. "What do you mean?. Eray Mika?. Kau kenal siapa aku kan?. Cakaplah!". Bentak Tengku Eray bengang.

              Helen mengengam tangannya kuat. Sedar akan kelanjuran kata-katanya. Bibirnya diketap.

               "Okay fine!. Don't talk. Don't say anything". Tengku Eray mengalihkan pandangannya pada Rayden yang berdiri berdekatan dengannya. "Kau heret perempuan tu keluar daripada rumah ni. Aku tak nak tengok muka dia depan aku lagi". Arahnya keras sambil menunjuk pada Shima yang sedang menangis teresak-esak di belakang Helen.

              Rayden mengangguk. Isyarat mata diberikan kepada anak buahnya yang lain supaya mengikuti arahan yang diberikan oleh Tengku Eray.

             "Don't touch her". Bantah Helen menghentikan Rayden dan anak buahnya yang mahu mendekati Shima.

              "Heret dia keluar!". Tegas Tengku Eray.

               "Eray!!".

                "Apa?!". Tengku Eray memandang Helen tajam. "Kau ingat dengan kau panggil nama aku, kau boleh halang aku, hah?. Aku dah bosan dengan permainan bodoh kau ni!. Bagitahu aku siapa kau sebenarnya atau perempuan tu boleh berambus dari sini!!". Helen ditolak sedikit kebelakang dengan kasar.

            Helen menepis tangan Tengku Eray yang cuba untuk menolaknya. Pandangan Tengku Eray ditentang. "Apa yang awak nak tahu?. Siapa saya?. Macam mana kita berdua kenal?. Macam mana saya tahu yang Eray dan Mika adalah orang yang sama?. Apa yang awak nak tahu, Eray?. Apa?!" . Hambur Helen geram.

           Tengku Eray terdiam. Sebelah tangan Helen ditarik kuat menyebabkan Helen terdorong padanya. "Who are you?".

              "Say my name". Ujar Helen lalu merentap kuat tangannya daripada pegangan tangan Tengku Eray.

                Senyap.

                Helen mengukir senyuman sinis apabila Tengku Eray hanya terkaku dihadapannya. "Say it. Say my name". Sebut nama saya, Eray. Panggil saya. Ingat saya. Sebut nama sebenar saya, Eray dan saya akan betulkan keadaan ni. Tolonglah. "You just need to say my name and i'll tell you".

              "Helina". Tengku Eray memanggil Helen akhirnya.

               Mendengar panggilan itu, wajah Helen berubah keruh. Bodoh. Apa yang kau harapkan daripada Eray, Helen?. Tanpa bersuara lebih lanjut, Helen memusingkan wajahnya membelakangi Tengku Eray. Shima didekati lalu dibantu supaya berdiri sebelum Helen membawa Shima pergi bersamanya. Sherry segera mengejar langkah Helen dan Shima yang berada dihadapannya.

        ___________________________

Laut yang terbentang luas disebelahnya, Helen pandang lama. Damai. Tenang. Memang salah satu caranya untuk menenagkan diri. Dengan melihat laut, bintang, bulan dan hujan. Entah kenapa dengan melihat empat perkara tersebut, jiwanya yang berkeroncak kembali normal. Pandangan Helen alihkan pula pada Shima dan Sherry yang sedang berdiri dihadapan keretanya. Kelihatan Sherry sedang memujuk Shima yang masih menangis sedari tadi.

               Keluhan berat dilepaskan. Helen keluar daripada kereta. Kemudian, Shima dan Sherry dihampiri. Sehelai sapu tangan dihulurkan kepada Shima. "Apa yang dah berlaku?. Kenapa Eray marah sangat?".

Jika Memang DiaWhere stories live. Discover now