Without a word,
You make me know love
Without a word,
You gave me your love
And without a word,
My heart is broken..._____________________________
"Let's play".
"E..Eray". Helen bersuara dengan panik apabila menyedari keadaan dirinya dan Tengku Eray.
"Relaks..aku takkan buat apa-apa dekat kau. Aku cuma nak kau lepaskan Eddy and I don't take no for the answer".
Helen tidak menjawap. Pandangan Tengku Eray ditentang. Tubuh Tengku Eray cuba ditolak menjauhinya tetapi tiada sebarang kesan.
"Answer me!". Desak Tengku Eray dengan suara yang mula meninggi.
"No!. Saya takkan lepaskan abang awak. Dia akan meringkuk dalam penjara buat selamanya. Dia takkan pernah bebas dan saya takkan bebaskan dia untuk awak atau untuk siapa pun. Malah, penjara pun tak cukup untuk dia. Abang awak tu dah buat salah..buat jenayah. Dia tu jahat!. Dia takkan dapat keluar daripada....".
"Shut up!!".
Helen memejamkan kelopak matanya rapat apabila melihat Tengku Eray menganggkat penumbuknya. Terasa tilam berhampiran kepalanya bergegar. Tersekat nafas Helen apabila membuka kelopak matanya kembali, tangan Tengku Eray begitu dekat dengan wajahnya.
"Eddy tak macam tu!. Kau jangan memandai nak tuduh abang aku macam tu. Dia tak pernah buat salah!". Bentak Tengku Eray dengan wajah yang kemerahan akibat menahan amarahnya yang semakin menggila.
Helen diam. Lidahnya terasa kelu untuk berbicara. Tengku Eray yang berada di atasnya hanya dipandang dengan perasaan bercampur-baur.
"Aku dah cakap baik-baik tapi kau masih nak lawan cakap aku. Kau cakap kau kenal aku kan?. Jadi kau mesti tahu yang aku akan buat apa sahaja yang aku nak. Selagi kau tak buat apa yang aku suruh, aku takkan lepaskan kau dan kau jangan berani nak lari daripada aku. Aku akan hancurkan kau!". Ugut Tengku Eray lalu segera bangun daripada Helen. Langkahnya diatur keluar daripada bilik itu tanpa menoleh lagi.
Terhenjut bahu Helen apabila Tengku Eray menghempas pintu biliknya kuat. Fikirannya kosong. Tengku Eray langsung tidak teragak-agak mahu mencederakannya sebentar tadi. Dengan keluhan berat, Helen meraup wajahnya kasar.
__________________________
Mak cik Zaima menggelengkan kepalanya apabila melihat Helen sedang menyapu berhampiran dengan kolam renang. Laju sahaja langkahnya mendekati kawan anaknya itu. "Helen..Helen okey tak ni?. Biar mak cik buat lah. Kaki Helen belum baik lagi tu". Ucapnya sambil menunjuk ke arah kaki kanan Helen yang jelas kelihatan bengkak dan kebiruan. Penyapu ditangan Helen cuba diambil."Eh tak apa!". Cegah Helen sambil menjauhkan penyapu ditangannya daripada mak cik Zaima. "Helen boleh buat. Kaki Helen cuma terseliuh mak cik. Bukannya patah. Lagipun, tak banyak lagi pun kena sapu".
"Tak apalah. Helen kerja sini pun sebab nak bantu mak cik. Sekarang biar mak cik bantu Helen pula". Mak cik Zaima masih tidak berputus asa.
"Mak cik..tak apa. Helen tak nak susahkan mak cik. Lepas Helen siap sapu ni, Helen masuk rehat dekat dalam. Okay?". Helen mula tawar-menawar.
"Yalah...yalah. Cepat tau. Kalau Helen tak datang dalam masa sepuluh minit, mak cik datang tarik Helen masuk dalam".
Helen mengangguk. Senyuman nipis dihadiahkan mak cik Zaima sebelum mak cik Zaima berlalu masuk ke dalam rumah. Meninggalkannya sendirian di situ.

ANDA SEDANG MEMBACA
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...