pARt🍃51

2.1K 176 11
                                    

Just like the rain..
I keep falling for you..
Even you doesn't want me..

        __________________________

Tengku Eray menarik Helen ke arahnya dengan kasar. "Kau bukan saja kenal aku sebagai Eray..kau pun kenal aku sebagai Mika. Siapa kau sebenarnya?. Did you know that I lost my memory?!!".

           Terkaku Helen disitu.

            "Sa..sa..ya". Tersekat- sekat Helen bersuara.

             "Follow me!". Ucap Tengku Eray kasar lalu menarik Helen pergi dari situ.

               Helen menurut.

                Sebaik sahaja keluar daripada kelab malam, Tengku Eray melepaskan tangan Helen yang dipegangnya.

              "Tell me. Tell me who are you?. Tell me!!". Jerkah Tengku Eray dengan suara yang semakin meninggi.

              Saya orang yang awak sayang. Saya Helen, Eray. Saya Helen!!. "Saya..pekerja awak". Jawap Helen. Cuba untuk berselindung.

               "Pekerja?". Tengku Eray ketawa sinis. "Don't play on me!". Helen didekati pantas lalu kedua belah bahu Helen dicengkam kuat. "Cakap siapa kau!".

               Helen memandang Tengku Eray dihadapannya dengan perasaan bercampur-baur. "Saya dah cakap yang saya ni pekerja awak. Lelaki dalam kelab tadi tu penipu. Saya tak kenal pun siapa dia dan awak pun tak kenal dia. Kenapa awak nak percaya cakap dia?".

               Mendengar kata-kata itu, Tengku Eray melepaskan Helen dengan kasar. Rambutnya diraup kebelakang. "Ni bukan first time kau datang sini kan?".

                "Mika...".

                "I need the answer. I'll give you time until tomorrow. Kalau aku tak dapat jawapan yang aku nak esok". Tengku Eray memintas kata-kata Helen. Helen yang berada dihadapannya dipandang tajam. "I'll show you how this 'game' played".

               Helen diam. Lidahnya kelu untuk membalas kata-kata Tengku Eray. Mustahil dia akan memberitahu Tengku Eray perkara yang sebenar.

          ______________________

I need the answer. I'll give you time until tomorrow. Kalau aku tak dapat jawapan yang aku nak esok. I'll show you how this 'game' played.

               Helen menghantukkan kepalanya pada meja. Sedari tadi kata-kata Tengku Eray tergia-gia ditelinganya. Keluhan berat dilepaskan lalu Helen menganggkat kepalanya kembali. Jam yang berada di dinding dikerling. Jarum sudah menunjukkan pukul 1 pagi.

              Macam mana dia mahu bersemuka dengan Tengku Eray esok. Mustahil dia akan dapat lari daripada Tengku Eray dan mustahil dia akan bagitahu Tengku Eray siapa dia sebenarnya.

              "What you doing?". Soal Ailey yang muncul bersama mak cik Zaima disampingnya.

              Helen menoleh.

          "Tak ada apa-apa". Ailey dan mak cik Zaima yang mengambil tempat dihadapannya diperhatikan. "Kenapa tak tidur lagi?. Dah lewat ni".

              "Helen pun kenapa tak tidur lagi?". Mak cik Zaima membalas soalan Helen dengan soalan yang sama.

               Helen tersenyum nipis. "Helen cuma tengah berfikir tentang sesuatu. Mak cik pula?".

                 Mak cik Zaima membalas senyuman Helen. "Mak cik ada sesuatu nak bagitahu Helen".

Jika Memang DiaWhere stories live. Discover now