Can we call this relationship as love when your feeling for me is hate?..
_________________________
"Saya. Saya yang masuk dalam bilik tu".
Tengku Eray menoleh ke arah Helen dengan pandangan tajam. Namun, hanya buat seketika sebelum melangkah menghampiri Ailey. "Kau yang masuk bilik aku kan?".
Helen dan Ailey terkedu.
"Kenapa kau masuk bilik aku?!!".
Terhenjut bahu Ailey mendengar tengkingan daripada Tengku Eray. Pucat habis wajahnya. "Sa..saya tak tahu yang..bilik tu..tak dibenarkan ma..suk". Tersekat-sekat Ailey bersuara. Kepalanya ditundukkan.
Tengku Eray mengalihkan pandangannya pula pada mak cik Laila. "Kau tak bagitahu dia?. Kau tak bagitahu dia yang tak ada siapa boleh masuk bilik aku?!!".
"Mak cik lupa tuan". Jawap Mak cik Laila dengan gementar.
"Lupa?".Tanya Tengku Eray dengan wajah yang tegang. "Sebab ni lah aku tak suka ambil perempuan tua kerja dekat rumah aku. Benda senang pun tak boleh nak buat. Tak guna langsung!!".
Helen yang berada di situ hanya diam. Tidak tahu mahu berbuat apa.
"Kau..". Tengku Eray memandang Ailey kembali. "Aku nak bilik aku macam sediakala!. Ikut aku!!". Ailey ditarik kasar ke tingkat atas.
"Ailey..". Panggil Helen yang terkejut melihat Ailey yang ditarik oleh Tengku Eray dengan kasar.
"Lina jangan". Mak cik Laila menahan Helen yang mahu mengejar Ailey ke tingkat atas. "Nanti Lina yang kena marah pula nanti".
"Tak apa. Mak cik jangan risau. Mak cik tunggu aje dekat sini". Ujar Helen lembut sebelum segera berlari naik ke tingkat atas. Panggilan mak cik Laila tidak dihiraukan.
Langkah Helen berhenti dihadapan pintu bilik Tengku Eray yang terbuka luas. Membuntang mata Helen melihat Tengku Eray menghempas barang-barang yang tersusun di atas rak ke dalam lantai.
"Aku nak kau buat bilik aku macam sebelum ni. Susun balik barang-barang aku tempat kau ambil barang-barang tu!!". Tengku Eray mengheret Ailey ke rak berhampirannya lalu Ailey ditolak kasar ke rak itu.
Ailey yang tidak dapat menyeimbangkan dirinya terus terjelopok di atas lantai. "Bangun!!". Tengku Eray memaksa Ailey bangun semula.
"Ailey!". Jerit Helen cemas lalu segera berlari mendapatkan Ailey. Tengku Eray yang berdiri berhampiran Ailey ditolak kasar kebelakang.
Helen memegang tangan Ailey. Cuba untuk membantu Ailey bangun. Namun, belum sempat Ailey bangun, Tengku Eray merentap tangan Helen kasar membuatkan Helen menghadap dirinya.
"Apa awak buat ni, Mika?!!". Marah Helen lalu menarik tangannya daripada gengaman tangan Tengku Eray.
"Keluar!. Kau jangan masuk campur. Berani buat berani lah tanggung!".
"Dia tak sengaja!". Helen mempertahankan Ailey.
"Aku peduli apa!!". Bidas Tengku Eray kasar.
Helen menarik nafas. "Mika..". Sebelah tangan Tengku Eray dicapai lembut. Wajah Tengku Eray direnung. "Tolong jangan macam ni. Saya akan pastikan bilik ni macam sebelumnya. Tolong keluar dulu. Tolong...".
Tengku Eray membalas renungan Helen. Buat seketika Tengku Eray hanya mendiamkan diri sebelum menarik tangannya dengan kasar lalu pergi dari situ bersama wajah yang tegang.
Helen diam memerhati Tengku Eray yang melangkah keluar daripada biliknya. Ailey yang masih berada di atas lantai didekati. Kemudian, tubuh Ailey ditarik ke dalam pelukkannya. "It's okay..it's okay". Helen mengusap belakang Ailey lembut.

YOU ARE READING
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...