I do believe your galaxy as you trust my melody...
________________________
"One second.Just stay...I just need someone to hug me right now".
Helen menelan liur.Tidak tahu mahu berbuat apa.Lebih-lebih lagi apabila melihat pandangan pelik para tetamu kepada mereka berdua.
"Tengku Eray..".
Helen menoleh ke arah kanan apabila mendengar seseorang memanggil nama Tengku Eray.Shahz berjalan mendapatkan Tengku Eray.Tengku Eray ditarik menjauhi Helen lalu dipapah pergi dari situ.
Helen pantas mengikuti daripada langkah mereka berdua daripada belakang.
_________________________
Helen membantu Shahz mengeluarkan Tengku Eray daripada kereta.Tengku Eray meletakkan sebelah tangannya pada bahu Helen, menyokong dirinya untuk berdiri."Kau balik lah.Nanti ada apa-apa aku call kau".Ucap Tengku Eray dengan nada lemah.
Shahz hanya mengangguk sebelum berlalu masuk ke dalam kereta.
Tengku Eray menjatuhkan tangannya dari bahu Helen lalu melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang terhuyung-hayang.
Helen mencebik.Langkah Tengku Eray yang sudah jauh ke hadapan dikejar.
"Kenapa ni, Eray??.Eray okey tak ni?.Kenapa muka pucat sangat ni??".Sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam rumah, Tengku Saleha segera mendapatkan Eray dengan cemas bersama soalan yang bertalu-talu.
"I'm okay".Tengku Eray menepis lembut tangan Tengku Saleha yang sibuk menyentuh wajahnya.
"Okay apa macam ni?.Kita ke hospital,ya?".Desak Tengku Saleha.
"Mummy..i'm okay.It just....".
"Abang Eray deman.Mummy jangan risau".Potong Helen apabila melihat wajah Tengku Eray yang tidak berdaya.Tengku Eray didekati lalu sebelah tangannya dipaut.
"Ohh ya ke?.Kalau macam tu, Lina bawa Eray berehat dekat atas ya?".Arah Tengku Saleha.
"Baik mummy".Helen mengangguk.Tanpa membuang masa, Tengku Eray segera dibawa ke atas, menuju ke biliknya.
____________________________
Tengku Eray menepis tangan Helen yang memegang lengannya sebaik sahaja Helen menutup pintu bilik.Langkahnya segera dibawa ke arah katil.Punggungnya dilabuhkan kr birai katil."Aku bukan nak pegang kau sangat.Apa yang jadi dekat majlis tadi bukan macam yang kau fikir.Aku cuma.....".
"It's okay".Helen pantas memotong kata-kata Tengku Eray.
Tengku Eray diam.
"Just get some rest.So that you'll never hug me like that again".Balas Helen lalu melangkah ke arah beranda.
Telefon bimbit dikeluarkan lalu nombor Gina didail.Tanpa perlu menunggu lama, panggilan sudah disambungkan."Hello".
"I'm sorry miss Helen.Saya hilang jejak Shana".Ujar Gina serba-salah dihujung talian.
Helen tersenyum hambar."It not your fault.I yang tak datang.Mungkin kali ni bukan masa untuk I jumpa dia.One day..I pasti akan jumpa dia".

YOU ARE READING
Jika Memang Dia
RomantikBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...