They say 'love doesn't cost a thing'.. but I disagree because falling in love with wrong person could cost you everything..
__________________________
Sehelai seluar jeans bersama singlet berwarna hitam dikeluarkan. Kemudian, satu sweater berwarna kuning turut diambil sebelum pintu almari ditutup. Helen melabuhkan punggung di birai katil. Telefon bimbit yang berada berhampirannya diambil lalu nombor seseorang didail sebelum telefon ditekapkan pada telinga.
"Harry...thank you. Terima kasih sebab dah pastikan yang tak ada orang tahu pasal saya". Helen memulakan bicara sebaik sahaja talian bersambung.
"Hurmm..".
Helen ketawa kecil. Ringkas dan padat jawapan Tengku Harry. Perangainya tak pernah berubah.
"I want to meet Irine someday". Luah Helen tiba-tiba.
"Why?". Tanya Tengku Harry hairan.
"Irine tu mesti hebat kan sebab dah berjaya buat awak jatuh cinta dengan dia".
"Yes. Dia memang hebat tapi dia selalu buat aku pening kepala. Dia tu asyik menangis kalau aku bergaduh dengan orang dan selalu risau pasal perkara kecil".
Helen tersenyum. Dapat dibayangkan yang Tengku Harry sedang tersenyum. Tengku Harry betul-betul dah jatuh cinta. Kalau bercakap pasal Irine boleh pulak dia jawap panjang-panjang.
"Jaga Irine baik-baik, Harry. Awak takkan tahu bila awak akan kehilangan...".
Kata-kata Helen terhenti apabila pintu bilik dibuka daripada luar dengan kasar. Helen terus berdiri sebaik sahaja melihat Tengku Eray disitu.
"Kau memang suka pakai pakaian yang basah ke apa?". Sindir Tengku Eray sebaik sahaja tiba dihadapan Helen.
Helen menjeling pakaian yang masih basah ditubuhnya akibat perbuatan Tengku Eray yang menolaknya ke kolam tadi.
"Ganti baju kau".
Helen mendongak.
"Kau pekak ke?. Ganti baju kau. Aku nak kau ikut aku pergi satu tempat". Ulang Tengku Eray dengan kasar.
"Pergi mana?". Tanya Helen hairan.
"Aku suruh kau ganti baju bukan aku suruh kau tanya macam-macam. Ganti baju kau cepat atau...". Tengku Eray mendekatkan lagi jaraknya dengan Helen. "Kau nak aku tukarkan untuk kau". Bisik Tengku Eray ditelinga Helen dengan senyuman sinis dibibirnya.
Helen mengetap bibir. Langkah diundur kebelakang. "Saya tukar sendiri".
"Baguslah. Aku pun tak ada selera nak tukar baju kau. Tak ada apa yang menarik pun. Lurus semacam aje". Ejek Tengku Eray sebelum melangkah keluar daripada situ.
Helen hanya mengangguk-anggukkan kepalanya dengan wajah yang bengang. Lurus?.
__________________________
Tengku Eray melihat pakaian-pakaian lelaki yang terdiri daripada pelbagai jenama sebelum diambil lalu dicampakkan kepada Helen yang berada dibelakangnya sedari tadi. "Yang ni..yang ni...yang ni pun".
Helen yang berdiri dibelakang Tengku Eray pantas menyambut sehelai kot yang dicampakkan kepadanya dengan kelam-kabut. Sehelai demi sehelai sehingga penuh tangannya.

YOU ARE READING
Jika Memang Dia
RomansaBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...