pARt🍃8

2.4K 136 4
                                    

Don't need someone who doesn't need you..

           _______________________

Helen berdiri dihadapan tingkap di dalam bilk.Memerhati kereta Tengku Eray yang mula meninggalkan perkarangan rumah.Entah pergi kerja atau tak.Itu bukan masalahnya tapi peluang baginya.

            Tanpa membuang masa,Helen segera menyelongkar ke segenap ruang yang berada di dalam bilik itu.Jika nasibnya baik mungkin dia akan terjumpa sesuatu yang berkaitan dengan Helina.Tengku Eray pun bukannya dia percaya sangat.Sesiapa pun boleh jadi musuh.

         Helen menunduk.Melihat ke bawah katil.Kosong.Laci di meja dibuka.Hanya terdapat beberapa nota yang tidak berguna.Nafas ditarik.Matanya meliar ke segenap ruang.Takkan tak ada satu pun petunjuk untuk dia tentang Helina.

             Helen merengus geram.Kakinya diatur ke arah almari.Pintu almari dibuka.Baju yang tersangkut di dalam almari diselak satu-persatu.Tak ada apa pun.

             Keluhan berat dilepaskan."Macam mana aku nak cari siapa yang...."Kata-kata Helen terhenti dan kepalanya pantas ditoleh ke arah pintu.Takkanlah Tengku Eray balik awal sangat.Tak sampai sepuluh minit pun lagi.

             Helen yang sudah panik bertambah panik apabila lengan bajunya tersekat pada penyakut baju.Tangannya cuba ditarik tetapi tidak berjaya.Melihat pintu bilik sudah dibuka, Helen bergegas masuk ke dalam almari lalu pintu almari ditutup.

             Kedengaran tapak kaki seseorang melangkah masuk ke dalam bilik.Helen sehabis baik menenangkan perasaannya yang sedang dilanda tsunami saat ini.Harapannya cuma satu, almari yang dijadikan tempat persembunyiannya ini tidak dibuka.

          Helen menarik nafas lega apabila mendengar bunyi pintu ditutup.Baru sahaja, Helen masuk membuka pintu almari..tiba-tiba pintu tersebut dibuka daripada luar.Helen yang tidak sempat menyeimbangkan diri terus terjatuh ke luar almari.

          Tersentak Helen apabila menyedari, tubuhnya sempat dipeluk seseorang sebelum dia terjatuh ke atas lantai.Tengku Eray.

             Helen yang sempat didakapnya sebelum terjatuh, diturunkan ke lantai.Tengku Eray  menyilangkan kedua tangannya ke dada sambil merenung Helen tajam.

              "Er...".

             "Kau memang suka aku ke?".Tanya Tengku Eray tiba-tiba.Sedikitpun pandangannya tidak dilarikan daripada Helen.

    "Ke..kenapa..a..abang..cakap macam tu?..Lina sebenarya..".

         Belum sempat Helen menyudahkan kata-katanya, Tengku Eray memberi isyarat menggunakan jarinya.Menunjuk ke arah sesuatu yang tersangkut di bahu Helen.

          Helen menelan liur.Seluar pendek Tengku Eray yang tersangat pendek tersangkut dibahunya.Oh my gosh..oh my gosh..Dengan pantas seluar pendek itu dicapai dan dicampak ke wajah Tengku Eray.

              "Kau..".

               Helen yang menyedari perbuatannya itu tersengih dengan gelisah."Li..Lina tak sengaja..Lina sebe..narnya...".

               "Dah..dah..aku tak nak dengar apa yang kau cakap..aku tak tahu lah apa masalah kau".Tengku Eray bergerak ke arah almari lalu sehelai kemeja berwarna biru dikeluarkan.

            Helen diam.

            "Kemas apa yang kau dah sepahkan dan kalau ya pun kau suka duduk dalam almari, bagitahu aku.Aku boleh belikan kau almari.Kau duduk lah sampai kau puas, nak main rumah-rumah ke..ajak mak idah sekali tapi bukan dalam almari aku.Faham?".Pesan Tengku Eray sebelum berlalu ke bilik air.

Jika Memang DiaWhere stories live. Discover now