pARt🍃28

2.6K 151 4
                                    

I keep losing my mind for someone like you....

_____________________

"Kau buat aku hampir 'mati' ".

Helen yang seakan-akan baru tersedar segera mengalihkan pandangannya pada beberapa orang pekerja syarikat yang berada di seberang jalan terutamanya Lyana. Jelas kelihatan wajah terkejut mereka. Tanpa membuang masa, Helen segera menolak Tengku Eray menjauh sedikit daripadanya.

Namun, giliran Helen mula yang terkejut apabila dengan tidak sewenang-wenangnya tubuhnya dicempung oleh Tengku Eray. Spotan Helen melingkarkan kedua tangannya pada leher Tengku Eray. "Eray..apa awak buat ni?. Orang tengoklah". Bisik Helen dengan gelisah.

"Aku peduli apa". Jawap Tengku Eray yang tidak peduli dengan keadaan disekelilingnya.

Helen yang tidak tahu mahu berbuat apa hanya memejamkan kelopak matanya rapat. Membiarkan Tengku Eray mencempungnya. Habislah...mesti semua orang gosipkan dia nanti.

______________________

Tengku Eray meletakkan Helen di atas sofa di dalam pejabatnya. Kemudian, Tengku Eray bergerak ke kabinet yang berada tidak jauh daripadanya lalu mengambil kotak First Aid yang berada di atas kabinet tersebut dan mendapatkan Helen kembali sebelum Tengku Eray mengambil tempat bersebelahan dengan Helen.

"Awak ada cedera dekat mana-mana ke?. Nak pergi hospital atau awak nak suruh saya call doktor datang sini?". Tanya Helen bertubi-tubi sambil memusingkan tubuhnya menghadapa Tengku Eray yang berada di sebelahnya.

"Kau atau aku yang tengah cedera sekarang ni?. Kenapa kau buat perkara bodoh macam tu?". Tengku Eray mencuci luka di siku Helen yang cedera. Kemudian, ubat yang berada dalam bentuk cecair dituang sedikit di atas kapas sebelum disapu pada siku Helen yang cedera.

"Mana bodoh. Awak tu yang pekak!. Saya panggil tak dengar". Helen membela dirinya. "Telinga tu orang guna untuk mendengar bukannya simpan dalam....arkk!". Terjerit kecil Helen apabila dengan sengaja Tengku Eray menekan luka di situ Helen dengan menggunakan kapas ditangannya.

Tengku Eray membuat wajah tidak bersalah.

Helen menjeling Tengku Eray tajam dengan wajah yang bengang.

"Duduk diam-diam". Arah Tengku Eray sambil mendekatkan lagi kedudukannya dengan Helen. Rambut depan Helen diselak lembut ke belakang. Mendedahkan luka di dahi Helen.

Helen hanya menurut. Matanya memandang Tengku Eray yang tekun merawat luka didahinya.

"Muka aku handsome sangat ke sampai kau pandang aku macam tu?". Soal Tengku Eray tiba-tiba tanpa memandang Helen.

"Ya". Jawap Helen ringkas tetapi cukup untuk membuatkan Tengku Eray membalas pandangannya.

Senyap.

Melihat reaksi Tengku Eray, Helen ketawa kecil. "Tak adalah. Muka awak ada kawan baru. Jerawat" .

"Mana?". Tengku Eray pantas meraba wajahnya sendiri.

"Macam perempuan". Kutuk Helen dengan wajah tidak bersalah.

Tengku Eray merengus geram. Luka di dahi Helen kembali dirawati. "Lepas ni kita ke hospital" . Ujarnya serius.

"Kenapa?".

"Betulkan otak kau".

Helen menjeling Tengku Eray tajam buat seketika sebelum kedudukannya dibetulkan lalu kepalanya direbahkan ke bahu Tengku Eray secara tiba-tiba menyebabkan Tengku Eray menoleh padanya.

"Penatlah". Ucap Helen perlahan sebelum kelopak matanya dipejamkan.

___________________

Helen membuka kelopak matanya perlahan-lahan apabila terdengar sayup-sayup suara orang bercakap. Kepalanya masih dibahu Tengku Eray deng sebelah tangan Tengku Eray memegang kepalanya lembut, menahannya daripada terjatuh. Tengku Eray yang sedang bercakap di telefon dipandang dengan senyap. Namun, apabila terpandang jam dipergelangan tangan Tengku Eray, Helen segera bangun daripada sofa.

Jika Memang DiaWhere stories live. Discover now