Why you keep make me calm...
______________________
"I...I..don't..mean..."."You gonna pay for this".Tengku Eray memandang Helen tajam.Tegang habis wajahnya saat ini.Belum pernah sesiapa berani mencederakannya saat ini.
Helen memejamkan kelopak matanya rapat apabila tubuhnya ditolak kasar ke dinding.Terlepas kaca ditangannya."Aku dah cukup baik datang sini untuk selamatkan kau tapi apa yang aku dapat?.Pembunuh yang kau panggil aku!!".Tengku Eray sudah hilang sabar.
Helen diam.Matanya hanya memandang lelaki dihadapannya dengan lemah.Bukan niatnya mahu mencederakan Tengku Eray.Dia cuma takut untuk percayakan lelaki itu.
"Sukahati kau lah.Kau tinggallah dekat sini.Aku tak kisah pun apa yang jadi dekat kau.Kau bukan isteri aku pun!.Kau mati sekalipun bukan hal aku!!".Bentak Tengku Eray lalu berjalan ke arah pintu.
"Eray....".
Namun, belum sempat kakinya melangkah keluar dari bilik, kedengaran suara Helen memanggil namanya.Dengan bengang Tengku Eray memusingkan tubuhnya semula."Apa?.Kau memang tak habis-habis nak menyusahkan...".
Belum sempat Tengku Eray menghabiskan kata-katanya, Helen berlari ke arah Tengku Eray lalu tubuh Tengku Eray dipeluk erat.Tengku Eray tersentak."Thank you for coming".Ujar Helen sambil mengeratkan lagi pelukkan.Jujur jauh di sudut hatinya dia lega yang Tengku Eray datang ke sini.Kalau tak mungkin dia akan mati di sini.
________________________
"Helina!.Helina ke mana sayang?.Kenapa tak balik rumah?.Lina okey tak ni?.Pucat aje mummy tengok Lina.Lina tak sihat ke, sayang?".Soal Tengku Saleha prihatin sebaik sahaja melihat kelibat menantunya yang berjalan di belakang Tengku Eray.Selepas dua hari baru dia melihat kelibat menantunya itu.
Helen mengukir senyuman hambar.Tidak bertenaga untuk berbicara.Dia betul-betul letih.
"Lina..kenapa ni?".Tanya Tengku Saleha risau apabila melihat reaksi menantunya itu.
"Dia okey.Jangan risau.Eray bawa menantu mummy ni naik atas dulu".Celah Tengku Eray yang sedari tadi hanya memerhati.Helen didekati.Lantas tanpa sebarang amaran, tubuh Helen dicempung.
Helen hanya membiarkan perlakuan Tengku Eray meskipun dia terkejut dengan perbuatan yang tidak disangka-sangka itu.Dirinya langsung tidak bertenaga.
"Yalah.Bawa Lina berehat.Mummy sediakan makanan dulu".Balas Tengku Saleha.Tengku Eray yang mendukung Helen dengan gaya bridal style diperhatikan.
Tengku Eray mendudukkan Helen di birai katil.Kemudian, Tengku Eray bergerak ke arah almari.Kotak first aid dikeluarkan lalu Tengku Eray melutut di atas lantai, berhadapan dengan Helen.Kedua tangan Helen ditarik lembut.
"It's okay.Saya boleh buat sendiri".Helen cuba menarik tangannya dari pegangan Tengku Eray tetapi tidak berjaya.
"Just shut up".Arah Tengku Eray tegas.Telapak tangan Helen yang luka disapu dengan ubat.
"Terima kasih".Ucap Helen ikhlas.Mungkin Tengku Eray bukan lelaki teruk seperti yang dia sangkakan.Mustahil Tengku Eray akan selamatkannya kalau dia adalah pembunuh Helina.
Tengku Eray mendongak memandang Helen buat seketika sebelum Tengku Eray melabuhkan punggung di birai katil, bersebelahan dengan Helen.

ANDA SEDANG MEMBACA
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...