Beautiful lies in beautiful dream...
__________________________
Pintu rumah keluarganya, Helen buka lalu langkah diatur perlahan-lahan masuk ke dalam dengan perasaan bercampur-baur. Punggung dilabuhkan pada sofa yang berada di ruang tamu. Pandangan Helen liarkan ke sekeliling dengan mata yang bergenang dengan airmata. Kosong. Hanya dia sendirian di sini. Tanpa sesiapa.
Telefon bimbit yang bergetar ditangannya dipandang. Panggilan daripada mamanya. Nafas ditarik sebelum telefon ditekapkan pada telinga. "Ma...".
"Helen...Helen okay tak sayang?. Kenapa ni?. Ada masalah ke?. Helen bagitahu mama. Jangan buat mama risau". Kedengaran suara cemas Datin Helda.
"Ma......Helen dah berjaya. Helen dah buat orang yang bunuh Helina bertanggungjawap atas perbuatan". Jelas Helen bersama airmata yang mulai mengalir. Helen dah berjaya ma..tapi kenapa Helen masih rasa sakit?. Kenapa Helen masih tak gembira?. Kenapa?.
Senyap.
"Ma..I miss you".
"Mama pun rindukan Helen. Helen baik-baik aje kan dekat sana?". Balas Datin Helda lembut.
"Helen okay. Mama tunggu Helen dekat sana,ya. Helen akan balik ke sana dalam masa dua hari lagi. I want to see you badly. Helen nak lupakan semua ni".
"Baguslah. Mama tunggu Helen. Papa mesti gembira kalau tahu Helen nak datang".
________________________
Tengku Esyraf menggelengkan kepalanya apabila melihat Tengku Eray yang termenung di birai katil. Sudah beberapa hari adiknya itu tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Nampaknya kehadiran Helen memang membawa pengaruh yang besar kepada adiknya. Perlahan-lahan pintu bilik Tengku Eray ditutup kembali.
Tengku Saleha dan Tengku Fazriz yang berdiri tidak jauh daripada situ dipandang dengan senyuman hambar. "Betul ke tu memang bukan Helina, Esyraf?". Tengku Saleha bersuara.
Tengku Esyraf mengangguk.
"Dia Helen bukan Helina".
"Kamu memang dah tahu ke yang tu Helen?". Kali ini Tengku Fazriz pula bersuara.
"Es memang dah tahu yang tu bukan Helina dan Es yakin yang Eray pun tahu yang tu memang bukan Helina".
Tengku Saleha mengalihkan pandangan pada suaminya. "Apa kita nak buat sekarang, bang?. Saya memang tak sangka yang Eddy sanggup bunuh Helina. Mustahil Eray akan dapat bersama dengan Helen selepas semua yang terjadi". Ujar Tengku Saleha bersama esakkan kecil. Tergamak Eddy sanggup berbuat perkara sejahat itu dan yang perlu menjadi mangsa sekarang adalah Eray.
"Sabar. Saya pun tak sangka Eddy akan buat macam tu". Pujuk Tengku Fazriz. Tengku Saleha dibawa ke pelukannya.
Tengku Esyraf mengeluh berat.
________________________
ANDA SEDANG MEMBACA
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...
