pARt🍃4

2.7K 149 4
                                        

Hold me even you hate me so much....

____________________________

"Hah Helina,kenalkan ini Mak Idah.Pembantu rumah dekat sini.Kalau Lina nak apa-apa boleh bagitahu mak Idah.Dia akan tolong kamu".Tengku Saleha yang merupakan ibu kepada Tengku Eray memperkenalkannya kepada seorang wanita yang sudah berusia.

Helina sekadar mengangguk.Tanpa perlu disuruh, Helina bersalam dengan Mak Idah tanda hormat."Mak Idah boleh panggil saya Lina aje.Mesra sikit".Kata Helina sambil tersenyum sinis.

Mak Idah mengangguk.

"Kamu..lina kenapa bangun awal sangat?.Tak boleh tidur ke?".Engku Saleha mengalihkan pandangannya pada Helina.

"Er...Lina bangun awal sebab nak tolong mummy sediakan sarapan".Helina memberi alasan.Padahal, memang dia tidak dapat tidur semalam gara-gara memikirkan kata-kata Tengku Eray.

"Tolong buat apa?.Mummy faham sangat kalau baru kahwin ni.Mesti nak luangkan masa dengan suami.Kamu kena pikat hati Eray.Eray tu nampak aje tak peduli tapi kalau kena dengan caranya, memang dia takkan berenggang daripada lina nanti".

"Tak apalah mummy.Lina pun dah ada dekat sini sekarang.So..apa kata kalau Lina tolong mummy siapkan sarapan".Dalih Helina pantas.Tidak mahu berbicara soal Tengku Eray.

"Tak payah.Mak Idah dah siapkan sarapan.Kamu ke depan lah.Mesti suami kamu dan yang lain dah turun".Kata Mak Idah lembut.

"Yalah...jom Lina.Ke depan dengan mummy".Ajak Tengku Saleha sambil menarik tangan menantunya menuju ke ruang tamu.

Helina hanya menurut.Langkahnya diatur mengikuti ibu mertuanya.Namun,sebaik sahaja dia sampai ke meja makan, kelihatan dua orang perempuan berdiri di kiri dan kanan suaminya."Kamu jangan risau.Diorang berdua tu sepupu Eray.Diorang memang selalu datang ke sini".Jelas Tengku Saleha apabila melihat wajah kelat Helina.Helina ditarik ke meja makan.Mahu meperkenalkan Helina dengan dua orang anak saudaranya itu.

"Shima,Sherry kenalakan...ini isteri Eray..Helina".Tengku Saleha bersuara menyebabkan mereka bertiga menoleh pada Helina.

"Ini isteri abang Eray?".Perempuan yang berkulit agak gelap daripada seorang lagi bersuara lalu ketawa.Seakan-akan mengejek Helina.

"Hai...Helina".Helina menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi tidak bersambut.

"Aunty...Sherry ingat apalah yang luar biasa sangat tentang isteri abang Eray tapi rupa-rupanya biasa aje.Langsung tak ada apa yang istimewa.Aunty buat Sherry rasa kecewa sangat sekarang ni".Giliran perempuan yang seorang lagi pula bersuara.Helina dipandang dari atas ke bawah dengan senyuman sinis dibibirnya.

Helina hanya mendiamkan diri.

"Sherry.....".Tengku Saleha bersuara dengan nada kurang senang.

"Kalau macam ni lah lebih baik aunty kahwinkan aje abang Eray dengan Shima".Sampuk Shima pula."Shima lebih layak lah daripada perempuan entah apa-apa ni!".

"Akak!!".Apa akak berdua buat ni?".Laung seorang perempuan lain-lain yang tiba-tiba muncul lalu menolak Sherry dan Shima menjauh daripada Tengku Eray."Hai.Saya Arysa.Panggil Rysa pun boleh".Arysa mencapai tangan Helina yang masih terpinga-pinga lalu berjabat tangan."Kak Helina kan?.Isteri abang Eray".Ujar Arysa ceria.

"Hei Rysa!.Kau buat apa dekat sini?.Kenapa tak duduk rumah aje?.Menyibuk datang sini".Marah Sherry yang geram apabila dirinya ditolak begitu sahaja.

Arysa menoleh pada kakak-kakaknya."Akak berdua ni tak habis-habis nak kacau abang Eray.Abang Eray kan dah kahwin".Kata Arysa kurang senang.

"Yang kau sibuk sangat apasal?.Abang Eray tak kisah pun".Ucap Shima menyebabkan Helina menoleh pada suaminya.Betul.Tengku Eray hanya mendiamkan diri.Langsung tidak mempertahankan dirinya.

Jika Memang DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang