Don't smile on me...lie on me...
________________________
"Oh ya ke?".Helen pantas meletakkan beg plastik di tangannya ke lantai lalu mendekati Tengku Eray.Begitu hampir.
Tengku Eray memandang Helen pelik.Tanpa dijangka,Helen menarik Tengku Eray rapat dengannya sehingga dahi mereka berdua bersentuhan.
Tengku Eray terkedu.
Tanpa membuang masa, Tengku Eray segera berganjak beberapa langkah ke belakang.Namun,Helen semakin mendekat.Tangannya diletakkan pada dahi Tengku Eray.Kemudian, diletakkan pula pada dahinya."Haah..panas sikit".
Tengku Eray diam.Helen yang baru menyedari perbuatannya itu berdehem kecil.
"Sorry..tak sengaja.Mama selalu buat macam tu dekat Lina kalau Lina deman".Jelas Helen pantas.
"It's okay.Never mind".Balas Tengku Eray lalu berlalu ke bilik air.
Helen menampar dahinya kuat sebaik sahaja kelibat Tengku Eray menghilang.Macam manalah dia boleh tersasul buat macam tu.Sebenarnya, perkara tersebut dia cuma lakukan dengan Helina.
Helina...
Helen mengeluarkan pisau lipat milik lelaki yang menceroboh rumahnya tadi.Bibirnya diketap kuat.Hanya ada dua kemungkinan.Sama ada lelaki itu memang pembunuh Helina atau sekadar orang suruhan.Sikit lagi dia boleh melihat rupa lelaki itu.Tak guna.
_______________________
"Macam mana?.You dapat cari lelaki yang ceroboh rumah I semalam?".Soal Helen sambil melangkah masuk ke dalam Airport bersama Gina yang mengikutinya daripada belakang.
"Malangnya miss Helen, saya kehilangan jejak dia.Maaf.Saya akan cuba jejak dia".Balas Gina jujur.
"No..it's okay.I tahu bukan senang nak jejak dia.Lupakan pasal lelaki tu.I nak Shana.Cari Shana secepat yang mungkin".Arah Helen.Matanya meliar ke segenap ruang di Airport.Apabila pandangannya terpaku pada Datin Helda dan Dato Rashdan, Helen segera menghampiri mereka berdua.
"Helen..".Datin Helda memeluk tubuh Helen erat.
"Ma...it's okay.Don't worry.Everthing gonna be okay".Ujar Helen sambil meleraikan pelukan.Pandangan Helen alihkan pada papanya."Pa...i'm sorry but please take care of yourself.I'll make sure everthing under control.Just take care".
Dato Rashdan mengangguk dengan mata yang bergenang.Tubuh anak perempuannya di tarik ke dalam pelukan."Papa minta maaf sebab tak dengar nasihat Helen.Kalau tak mesti Helina masih selamat dan ada dengan kita.Ada dengan kita".
Helen tersenyum hambar.
"Helina selalu ada dengan kita.Dalam hati kita".
Dato Rashdan tersenyum.
"Just becareful".
"I will.Lepas semua ni tamat, kita pergi bercuti.Anywhere is okay".
Datin Helda menarik Helen ke dalam pelukannya sekali lagi."Mama akan tunggu Helen".
"Of course you should".
__________________________
Helen menarik nafas panjang.Kasut di kakinya ditanggalkan.Kemudian, Helen melangkah masuk ke dalam rumah.Helen meliarkan pandangan di sekeliling.Kosong.Pasti semua orang sudah pergi berkerja.Dia pun patut bersiap-siap untuk ke syarikat papa.Ada beberapa perkara yang perlu dia uruskan.

YOU ARE READING
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...