No matter how far I ran away,
If you are my destiny..
Then my final destination of this ran away is by your side.._________________________
"Come again?. My maid, huh?". Lelaki berjaket merah itu atau lebih tepat lagi Tengku Eray bersuara sambil memandangnya dengan senyuman sinis dibibir.
Langkah Helen undur semula kebelakang apabila Tengku Eray sudah bangun daripada sofa yang didudukinya.
Apa yang perlu dia lakukan sekarang ?.
Helen ketawa kecil dengan wajah yang panik. Tangan Ailey yang berada dibelakangnya ditarik pantas. "Rasanya kitaorang dah salah rumah ni. Maaflah". Helen melangkah ke arah dia dan Ailey masuk sebentar tadi. Namun, langkahnya terhenti apabila beberapa orang lelaki berkot hitam menghalang laluannya.
"Aku tak rasa kau salah rumah. Kau cakap yang kau gantikan mak cik Zaima. Orang yang kau sebut tu memang kerja dekat sini". Kedengaran suara sinis Tengku Eray.
Bibir Helen ketap kuat.
"Pandang sini bila aku tengah bercakap". Helen tersentak apabila tangannya ditarik secara tiba-tiba menyebabkan tubuhnya berpusing pada Tengku Eray. Pegangan Helen pada Ailey terus terlepas.
Tengku Eray mendekatkan dirinya pada Helen. "Sekali lagi aku tanya, berapa banyak Syakir upah kau untuk jadi spy dia?". Bisiknya di telinga Helen.
"Berapa kali saya nak cakap yang saya ni bukan...".
"Jadi yang kau nak cakap yang semua ni kebetulan?". Tengku Eray memintas kata-kata Helen. "Kau muncul dekat parti tu dan kau muncul depan aku sekarang sebagai maid baru aku. Kau nak aku percaya yang semua ni bukan perancangan kau?".
Helen mengengam tangannya kuat. Cuba bersabar. Kenapa Tengku Eray tidak habis-habis mahu menuduhnya?.
"Keluar". Arah Tengku Eray sepatah lalu menjarakkan dirinya daripada Helen.
Helen terkedu.
"Apa?".
"Kau tak faham bahasa ke?. Aku cakap keluar. Kau cakap yang kau salah rumah kan?. So..anggap aje kau memang salah rumah. Now get out from my house". Ucap Tengku Eray dengan wajah yang serius.
Helen memandang lelaki dihadapannya dengan wajah tidak percaya. Ikutkan hatinya memang dia mahu pergi dari sini tapi...
'Mak cik hargai sangat niat baik Helen tapi mak cik tak sanggup nak lepaskan rumah ni. Rumah ni banyak kenangan. Mak cik tak nak lepaskan satu-satunya kenangan yang mak cik ada'.
"Kenapa?". Soal Helen menghentikan langkah Tengku Eray yang mahu kembali ke sofa yang didudukinya.
Tengku Eray memusingkan tubuhnya menghadap Helen. "Kau nak aku biarkan orang yang aku tak percaya berkeliaran dalam rumah aku sendiri?. Lagipun, kau bukan maid aku. Satu lagi, suruh mak cik tu datang berkerja hari ni jugak. Kalau tak aku takkan teragak-agak suruh dia keluar daripada rumah tu hari ni jugak".
"Tapi mak cik Zaima tak sihat sebab tu saya nak gantikan tempat dia".
"Dia sihat atau tak, aku peduli apa!. Kalau dah tak larat sangat nak berkerja tak payah datang terus. Berhenti aje!. Berlambak lagi lah orang nak berkerja".
Terdiam Helen.
"Helen...". Ailey menyentuh bahu Helen lembut. "I rasa baik kita pergi. Kita akan cuba fikirkan cara lain untuk tolong mak cik Zaima".
"Tapi...".
"Kita balik. I tak rasa kita patut datang sini". Pujuk Ailey.
Helen menggelengkan kepalanya. Mahu mengejar langkah Tengku Eray. Namun, telefon yang tiba-tiba berdering di dalam beg sandang yang digalas di bahu, menghentikan niatnya. Tanpa menbuang masa, telefon segera dikeluarkan. Nama Aisya terpapang diskrin. "Hello". Helen menekapkan telefon pada telinganya.
![](https://img.wattpad.com/cover/144531697-288-k159363.jpg)
YOU ARE READING
Jika Memang Dia
RomansaBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...