It's not the goodbye that hurt..it just the flashbacks that follow..
__________________
Chupp!.
Terkedu semua yang berada di situ terutamanya Helen apabila Tengku Eray tiba-tiba mencium pipinya.
Helen memandang Tengu Eray dihadapannya. Tangan Tengku Eray yang mula mengengam tangannya erat dibiarkan. Pandangan Tengku Eray dibalas.
Penipu.
"You..ti..pu kan, Eray?". Soal Shima yang jelas tidak percaya dengan kata-kata Tengku Eray
"Why?". Tengku Eray memandang shima dan Sherry buat seketika sebelum mengalihkan pandangan pada Helen.
Helen tersentak apabila tangannya yang dipegang Tengku Eray ditarik kuat menyebabkan Helen terdorong pada Tengku Eray lalu Tengku Eray mendekatkan wajahnya pada Helen . Sangat dekat sehingga terdengar deruan nafas masing-masing. "Perlu ke aku buat lebih daripada tu untuk buat kaurang berdua percaya yang aku sayang wife aku?. Well...I don't mind. I can just kiss my wife here". Ujarnya tanpa mengalihkan pandangannya sedikitpun pada Helen.
"Eray...". Helen bersuara perlahan apabila Tengku Eray semakin mendekat membuatkan dahi mereka berdua bersetuhan. Kemudian, Tengku Eray memaut leher Helen dengan sebelah tangannya dan....
"You're so stupid Eray for choosing someone like her!!". Jerit Sherry tidak berpuas hati. "Let's go shima". Tangan Shima, Sherry tarik lalu segera beredar dari situ.
"Er....diorang dah tak ada". Helen bersuara apabila Tengku Eray masih tidak melepaskannya.
"So?". Tengku Eray tersenyum sinis. "I like when we stay like this ".
"Really?".
Tengku Eray mengangguk.
"Okay...kalau macam tu awak tak payahlah pergi ke club lagi kita boleh stay macam ni sampai bila-bila". Helen memberi cadangan menyebabkan dengan serta-merta Tengku Eray melepaskannya pada Helen sambil merengus geram.
"Ehh..kenapa pulak ni?". Helen buat-buat bodoh sambil menghulurkan tangannya pada Tengku Eray. "Peganglah..pegang". Tengku Eray yang mahu meninggalkannya dikejar.
_____________________Tubuh Helen rebahkan ke atas sofa. Keluhan berat dilepaskan. Telefon bimbit di dalam poket seluarnya dikeluarkan lalu skrin telefon disapu untuk membuka kekunci. Album gambar yang berada di dalam telefon dibuka. Gambar Helina dilihat satu-persatu dengan perasaan bercampur-baur.
"I miss you...I really miss you, helina". Helen bersuara lirih. Kelopak matanya dipejamkan buat perlahan-lahan.
Namun, apabila mendengar ketukkan di pintu bilik, Helen segera bangun lalu menyimpan telefon bimbit ke dalam poket seluarnya kembali sebelum mengantur langkah ke arah pintu.
Pintu dibuka. Terpapang wajah Mak idah di situ. "Makanan tengahari Mak Idah dah siapkan. Jom kita turun makan". Ajak Mak Idah mesra.
Helen tersenyum hambar. Kepalanya diggelengkan. "Lina kenyang lagi lah. Cakap dekat yang lain, kalau Lina lapar, Lina turun makan sendiri". Ujarnya Helen serba-salah. Mak Idah dah susah payah mengajaknya tapi dia betul-betul tak ada mood nak makan dan bercakap dengan orang hari ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...