He touch just like an ocean
Make me still drowning.._________________________
Kelopak mata Helen buka perlahan-lahan apabila terasa matanya seperti terkena silauan matahari. Namun belum sampai beberapa saat, Helen memejamkan kelopak matanya kembali. Bibirnya diketap kuat. Gila!. Tengku Eray berada begitu hampir dengannya sambil bermain-main dengan sepucuk pistol ditangannya. Dia memang tak salah. Lelaki yang terjun bersamanya semalam di ke dalam kolam renang adalah Tengku Eray.
"Woi!".
Helen memejamkan matanya semakin rapat apabila mendengar panggilan kasar Tengku Eray padanya. Masih tidak bersedia untuk bertemu kembali dengan Tengku Eray.
"Kau pekak ke, hah?".
Senyap.
"Bangun!!". Helen tersentak apabila kolar baju yang dipakainya dicengkam kuat menyebabkan Helen yang sedang baring di atas katil teranggkat sedikit. Berdebar-debar Helen apabila wajahnya terdorong begitu hampir dengan wajah Tengku Eray.
Helen diam memerhatikan Tengku Eray yang berada dihadapannya. Tengku Eray kelihatan semakin kacak. Jujur dia cakap sedikitpun dia tidak melupakan Tengku Eray kerana itu dia selalu menolak lelaki-lelaki yang mamanya cuba jodohkan dengannya tapi nampaknya Tengku Eray langsung tidak mengenali dirinya.
"Huh! Perempuan bodoh". Tengku Eray melepaskan Helen dengan kasar.
Terkedu Helen apabila mendengar gelaran yang diberikan oleh Tengku Eray padanya. "E..Er..".
"Mika!".
Helen yang mahu memanggil nama Tengku Eray terhenti. Kepalanya ditoleh ke arah seorang lelaki yang berada di muka pintu. "Ohhh perempuan tu dah bangun". Lelaki yang berada di muka pintu itu memandang ke arah Helen.
Tengku Eray tersenyum sinis lalu bangun daripada katil. Kemudian, Helen ditarik bangun dengan kasar lalu tubuh Helen ditolak kuat ke dinding. Pistol ditangannya diacukan ke dahi Helen.
"A..apa awak buat..ni?". Tersekat-sekat Helen bersuara. Terkejut dengan apa yang berlaku.
"Berapa banyak yang lelaki tak guna tu upah kau, hah?!. Kau sengaja alihkan perhatian aku semalam kan?!". Tengking Tengku Eray dengan wajah yang tegang.
"Saya..tak tahu apa-apa. Saya tak faham apa yang awak cakap". Balas Helen perlahan. Sungguh dia tidak mengetahui apa yang dicakapkan oleh Tengku Eray.
"Penipu!. Berapa banyak si Syakir upah kau?. Cakap?!!". Pistol ditekan ke dahi Helen.
Syakir mana pulak ni?. Dia tak kenal mana-mana lelaki yang bernama Syakir.
"Saya tak kenal mana-mana Syakir. Saya rasa awak dah salah faham. Saya datang ke situ sebab cari kawan saya tapi entah macam mana gelang awak tersekat dekat sweater saya. Percayalah..saya memang tak tahu apa-apa". Helen cuba menjelaskan apa yang berlaku. Gelang ditangan Tengku Eray dikerling sekilas.
"Kau ingat aku akan percaya?". Tengku Eray memandang Helen sinis.
"Kalau tak percaya, habis tu buat apa awak tanya?!". Helen menepis kuat pistol yang melekap di dahinya. Sakit!. Kemarahannya mula meledak. Perangai Tengku Eray saat ini sama seperti saat mula-mula Tengku Eray tahu yang dia menyamar sebagai Helina dulu. Kasar.
Berubah wajah Tengku Eray dengan tindakan Helen yang tidak diduga itu. Pistol yang dipegangnya terjatuh ke atas lantai.
"Kau...".
Helen menelan liur apabila Tengku Eray memandangnya dengan pandangan membunuh. Tubuhnya semakin melekap ke dinding. Kelopak mata Helen pejam rapat apabila Tengku Eray menumbuk dinding yang berada begitu hampir dengan kepalanya kuat.
YOU ARE READING
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...