pARt🍃62

3.4K 208 23
                                        

My imagination creates you and when I see you, I imagine again
On this path with no end..

________________________

"Mika, kau nak buat apa datang sini?. Apa yang kau cuba nak buat ni?". Rayden mengejar langkah Tengku Eray yang menonong masuk ke dalam kelab malam dengan cemas. Sepanjang perjalanan datang ke sini, Tengku Eray langsung tidak mengeluarkan sepatah perkataan. "Mika!". Laungan Rayden tidak dihiraukan oleh Tengku Eray.

Tengku Eray menyelit di celah-celah orang ramai. Seorang lelaki yang sedang asyik menari bersama beberapa orang perempuan di lantai tari dihampiri. Jimmy. Dalam sekelip mata, Jimmy dihampiri lantas satu tumbukkan kuat dilayangkan oleh Tengku Eray ke wajah lelaki itu.

Langkah Rayden terhenti.

Suasana yang tadinya bising dengan bunyi muzik yang bergema bertukar senyap. Orang ramai yang berada di situ mula berganjak ke belakang. Meninggalkan ruang diantara Tengku Eray dan Jimmy.

Jimmy tersenyum sinis. Bibirnya yang berdarah di kesat kasar. Tengku Eray dihadapannya dipandang. "Kenapa ni Mika?. Kau dah ubah fikiran ke?. Kau dah buat keputusan untuk jual perempuan tu pada aku?".

"Kita boleh jadi kaya dengan gunakan perempuan tu. Kau tak kisah kan?. Lagipun, dia bukan sesiapa bagi kau".

Tengku Eray terdiam buat seketika sebelum bersuara. "Sure". Balasnya ringkas.

Jimmy tersenyum lebar.

"Great. Berapa harga yang kau nak letak pada perempuan tu?".

"Well...". Tengku Eray mencapai telefon bimbit yang berada di atas mejanya semula. Nombor seseorang didail lalu telefon ditekapkan pada telinganya. Tidak sampai seminit, beberapa orang lelaki berkot hitam datang lalu menarik Jimmy kasar bangun daripada sofa.

Jimmy tersentap!.

Tengku Eray mencampakkan telefon bimbit ditangannya ke atas meja. Jimmy dipandang dengan serius. "First, perempuan tu ada nama. Second, aku takkan letak apa-apa harga pada dia and lastly, get out from my house".

Serentak dengan itu, Jimmy terus diheret keluar daripada situ sebelum sempat dia membantah. "Mika! Mika!".

Tengku Eray tidak membalas. Satu lagi tumbukkan dilayangkan pada wajah Jimmy tanpa Jimmy mengelak. "Kau gila ke, Mika?!!. Kau datang sini cari aku semata-mata sebab perempuan yang tak penting tu?!". Bentak Jimmy bengang. Laju sahaja tangannya menumbuk Tengku Eray.

Tengku Eray terdorong kebelakang. Rambutnya diraup kasar dengan wajah yang bengang. Bibirnya yang pecah tidak dihiraukan. Langkahnya meluru ke arah Jimmy. Tangan Jimmy yang cuba untuk menumbuk wajahnya sekali lagi ditahan lalu kolar baju Jimmy dicengkam kuat. Kemudian, tubuh Jimmy disemban ke meja yang berada berhampiran dengan kasar.

Terdengar beberapa jeritan daripada orang ramai yang menyaksikan kejadian itu. "Kau dah gila Mika. Apa yang perempuan tu dah buat dekat kau hah?!. Kau tu Mika!. Kau tak pernah kisah pasal perempuan selama ni". Tengking Jimmy lantang sambil cuba melepaskan diri daripada Tengku Eray.

Namun, semakin kuat cengkaman Tengku Eray. Tengku Eray menyeluk poket belakang seluar jeansnya lalu satu pistol dikeluarkan dan diacu tepat pada kepala Jimmy.

Jimmy tersentak.

Rayden yang sedari tadi hanya diam memerhati mula mendekati Tengku Eray. "Mika..".

"Stay away". Arah Tengku Eray tanpa mengalihkan pandangannya pada Jimmy.

"Mika, kau tak boleh...".

Jika Memang DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang