pARt🍃45

2.3K 186 17
                                    

If love is true..
Then no matter what,
Love is you..

         ________________________

Seorang lelaki yang sedang duduk sendirian di sebuah kafe terpegun apabila pandangannya terpaku pada seorang perempuan berambut merah paras dada melangkah masuk ke dalam kafe yang sama dengannya. Dengan dress berwarna hitam dan dihiasi manik-manik berwarna putih yang berkilauan di bahagian dada membuatkan perempuan itu kelihatan sungguh menawan. Kaca mata hitam yang dipakai langsung tidak mencacatkan wajah cantik perempuan itu. Malahan, menambahkan lagi kejelitaan perempuan itu.

              Lelaki itu semakin terkejut apabila perempuan itu berjalan ke arahnya lalu tanpa sebarang kata, perempuan itu menarik kerusi dihadapannya lalu duduk disitu. Kaca matanya ditanggalkan. Kemudian, diletakkan di atas meja. "Hai..Adam right?".

               Adam mengangguk. "Macam mana awak tahu nama saya?". Ujarnya hairan.

               Perempuan dihadapannya tersenyum nipis. "Helen".

             Membuntang mata Adam melihat perempuan dihadapannya. "Awak Helen?. Jadi perempuan yang mama saya suruh jumpa hari ni adalah awak?".

                Helen mengangguk.

                "Saya tak sangka yang awak secantik ni. Kalau macam ni saya tak kisah kalau mama saya nak jodohkan kita berdua. Keluarga awak mesti dah setuju kan?".

                 "Ahhh..about that". Helen meraup rambutnya kebelakang. "I'm married". Ucap Helen selamba.

               "What?!". Adam bersuara dengan kuat sehingga menyebabkan pengunjung lain mengalihkan pandangan pada mereka berdua.

              Helen menggangkat tangan kanannya. Jelas kelihatan sebentuk cincin emas disitu. Cincin yang dipakainya sepanjang dia menyamar sebagai Helina dulu. "Saya dah kahwin. Maaflah. Mama saya tu tak tahu yang saya ni dah kahwin sebab tu lah dia sibuk nak jodohkan saya". Bohong Helen.

               Adam memicit pelipisnya. Pening. "Awak jangan main-main".

               "No. I'm not. I'm sorry tapi awak jangan risau. Saya boleh kenalkan seseorang dekat awak". Balas Helen lalu serentak dengan itu seorang perempuan menarik kerusi bersebelahan dengan Adam.

               "Hai..i'm Ailey. Nice to meet you". Perempuan itu menghulurkan tangannya pada Adam.

               Adam memandang Ailey buat seketika sebelum mengalihkan pandangannya pada Helen dengan wajah tidak percaya. Kemudian, dengan kasar Adam bangun daripada kerusi dan beredar dari situ dengan wajah yang tegang.

                Helen tersenyum nipis. Kaca mata yang berada di atas meja dipakai kembali sebelum dia turut bangun daripada kerusi dan melangkah keluar daripada kafe. Ailey pantas mengikuti daripada belakang.

              "Lepas ni, siapa pula yang kita nak reject?. Seronok juga buat perkara macam ni". Kata Ailey teruja.

              Helen memandang Ailey yang sedang tersenyum lebar. Ailey merupakan pembantu Gina di Amerika dan sekarang sudah hampir setahun dia kembali semula ke Amerika semenjak kejadian itu. Mama dan papanya turut tinggal disini tetapi masih akan balik ke sana untuk menguruskan hal-hal syarikat.

               Semuanya kembali normal sehinggalah mamanya mula mencuba untuk menjodohkannya dengan beberapa orang lelaki. Katanya dah tiba masa untuk dia menikah. Entah apa-apa.

               "Helen..you rasa apa reaksi mama you kalau yang ni pun you tolak?". Tanya Ailey ingin tahu.

               "Tak ada apalah. Jangan risau".

Jika Memang DiaWhere stories live. Discover now