The hardest thing to love
Is you don't know
When it'll come
Or when it'll
disappear..____________________________
Tengku Esyraf mundar-mandir dihadapan bilik kecemasan sedari tadi. Mummynya yang sedang ditenangkan oleh daddynya di kerusi tidak jauh daripadanya dipandang sekilas sebelum wajahnya diraup kasar. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi yang berada di situ.
Kalaulah dia tiba awal sikit tadi mungkin perkara ini dapat dielakkan. Tengku Eray yang menyuruhnya ke alamat tersebut kalau adiknya itu tidak menghubunginya dalam masa setengah jam. Mujurlah dia dan pihak polis sampai sebelum sempat Syana berbuat perkara yang lebih gila dan sekarang Syana sudah ditangkap dan akan dimasukkan ke dalam penjara.
"Doktor macam mana dengan keadaan mereka berdua?". Terjah Tengku Saleha sebaik sahaja seorang doktor perempuan keluar daripada bilik kecemasan.
Tengku Esyraf pantas bangun daripada kerusi. Doktor itu turut dihampiri.
Doktor tersebut tersenyum hambar. "Berita baiknya, keadaan pesakit perempuan sudah stabil. Dia akan dipindahkan ke wad biasa tapi pesakit lelaki masih kritikal. Kami tak dapat jangkakan apa yang akan berlaku". Jelasnya.
"Esyraf...adik kamu". Tengku Saleha mula menangis teresak-esak.
"Mummy..". Tengku Esyraf mendakap erat tubuh mummynya. "Jangan risau. Eray akan baik-baik aje. Esyraf percaya yang Eray akan selamat".
"Mummy takut Esyraf. Macam mana kalau Eray tinggalkan mummy?".
"Shhh..mummy it's okay. Tak ada apa-apa akan berlaku pada Eray. Esyraf yakin".
_________________________
"Helen...Helen". Tengku Esyraf bersuara. Helen yang masih terbaring tidak sedarkan diri di atas katil dipandang. Keluhan berat dilepakan. Sudah beberapa hari berlalu namun Helen dan Tengku Eray masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan sedarkan diri.
"Bangun Helen...abang Es tak sanggup tengok Helen macam ni. Abang Es dah anggap Helen dan Helina macam adik abang Es sendiri. We have a lot of thing to talk".
Senyap.
Tengku Esyraf mengeluh berat. Perlahan-lahan Tengku Esyraf menggangkat punggung daripada kerusi. Langkahnya mula diatur ke arah pintu.
"Abang Es...".
Langkah Tengku Esyraf terhenti. Dengan pantas tubuhnya dipusingkan kebelakang. "Helen...". Ujar Tengku Esyraf lalu segera mendapatkan Helen yang sudah membuka kelopak matanya. "Are you okay?".
Helen mengangguk lemah.
"Baguslah. Abang Es risau sangat". Tengku Esyraf menarik nafas lega.
"E..Eray. Eray ada dekat mana?. Dia tak apa-apa kan?". Wajah Tengku Esyraf, Helen pandang menunggu jawapan. "Abang Es...".
"Keadaan Eray teruk. Dia sekarang masih kritikal tapi abang Es yakin dia akan sedar. Macam Helen sekarang".
Helen memejamkan kelopak matanya membiarkan airmatanya mengalir. Semuanya kerana dirinya. Kalaulah Tengku Eray tak menyelamatkannya, pasti keadaannya takkan jadi macam tu. Selepas apa yang dah dia cakap pada Tengku Eray, Tengku Eray masih memilih untuk menyelamatkannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...