Don't wake me up...
______________________
"Helina!!. Is that you?. Mummy rindu sangat dekat Lina". Helen tersentak apabila tubuhnya dipeluk erat oleh Tengku Saleha sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. "Macam mana dengan mama Lina?. Dah sihat?".
"Mama?". Helen mengalihkan pandangan pada Tengku Eray yang berada di sampingnya.
"Yalah..Eray cakap Lina tinggal dekat rumah mama Lina sebab mama Lina tak sihat". Jelas Tengku Saleha sambil meleraikan pelukan.
Jelingan tajam Helen hadiahkan pada Tengku Eray. Penipu!. Dia yang halau aku.
"Er...mama Lina okay aje. Dia cuma rindukan Lina. Maaf tak bagitahu mummy dulu sebelum Lina balik sana".
"Tak apa. Mummy faham. Lina mesti risaukan mama akan. Asalkan Lina kembali ke sini semula. Itu dah cukup baik untuk mummy. Sekarang pergi naik atas. Berehat. Lina mesti penat kan?". Tengku Saleha menggosok lembut kepala Helen.
Helen tersenyum. Tengku Saleha memang baik padanya. Tak sampai seminggu lagi pun dia ada, mungkin tak salah kalau kalau dia habiskan masa di rumah ni sebelum dia pergi.
"Thank you mummy".
______________________
"Mama saya sakit?". Helen bersuara dengan nada menyindir sambil berjalan dihadapan Tengku Eray menuju ke bilik mereka berdua. Pintu bilik dibuka lalu Helen melangkah masuk ke dalam. "Tak habis-habis nak menipu. Cakap ajelah yang awak....".
Kata-kata Helen terhenti apabila terpandangkan keadaan bilik dihadapannya. "Sejak bila bilik awak bersepah ni?". Helen mengalihkan pandangannya pada Tengku Eray.
"Sejak kau tak ada. Sekurang-kurang bila bersepah aku rasa macam kau ada". Jawap Tengku Eray bersahaja.
Helen terdiam. Tidak tahu mahu berkata apa. Langkahnya diatur ke sofa yang selalu didudukinya. Tubuhnya direbahkan di situ. Namun, beberapa saat kemudian, terasa tubuhnya dianggkat. "Eray apa awak buat ni?!". Ujar Helen hairan.
Tengku Eray tidak menjawap. Sebaliknya, langkahnya diatur ke katil lalu tubuh Helen direbahkan ke atas katil. "Kau tidur sini. Biar aku yang tidur atas sofa".
"Eray...".
"Shhh...". Tengku Eray meletakkan jarinya dibibir Helen. "Baring aje dekat sini". Katanya lalu menarik selimut hingga ke leher Helen sebelum berlalu ke sofa.
Helen tersenyum nipis.
_________________________
"Helina!!!". Helen menghentikan langkahnya apabila mendengar jerita yang melaungkan nama Helina dengan kuat. Tubuhnya dipusingkan kebelakang. Menghadap Lyana yang berlari anak ke arahnya. "Akhirnya Lina datang balik jugak. Macam mana cuti?. Okay?".
"Okay...okay. Akak sihat?".
"Apa yang tak sihatnya kalau dapat jumpa Lina". Ujar Lyana sambil menepuk bahu Helen. "By the way, Lina nak tahu tak ada pekerja baru dekat bahagian kita. Handsome!. Mana tahu kalau Lina berkenan kan".
"Ohhh". Hanya itu yang terluah dari mulut Helen. Tidak berminat. Kakinya melangkah beriringan dengan Lyana menuju ke pantri.
"Lina macam tak ada perasaan".
"Lina tak ada masa lah nak...".
"Hah tu pun dia!". Jerit Lyana tiba-tiba. "Emir! Sini!". Lyana mengamit seorang lelaki yang sedang berjalan ke arahnya. Kemudian, Helen ditarik ke arah lelaki itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Jika Memang Dia
عاطفيةBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...