When you smile it doesn't mean you happy and just because you not cry, it doesn't mean you're not sad...
_____________________
"Kau buat apa, Mika?".Sapa Akim sebaik sahaja masuk ke dalam pejabat Tengku Eray. Pintu dibelakangnya ditutup sebelum menghampiri Tengku Eray yang sedang duduk di sofa sambil memandang telefon bimbit ditangannya.
"Kau boleh tak jangan panggil aku Mika dekat sini".Ujar Tengku Eray sambil menaip sesuatu pada telefon bimbitnya.
"Bukan ada orang dengar pun".Akim melabuhkan punggung di sofa, berhadapan dengan Tengku Eray." Malam ni macam biasa. Club.Aku ada kenal seorang perempuan.Dia nak jumpa dengan kau. Perempuan dekat sana mana boleh kalau tak nampak muka kau. Kau on tak malam ni".
"Tengoklah dulu.Aku busy".Jawap Tengku Eray acuh tak acuh.
"Kau busy buat apa?. Asyik dengan handphone kau aje.Kau ada perempuan baru ke?".Soal Akim curiga.
"Haah".
Akim mencebik." Lelaki macam kau takkan lah jatuh cinta. Dah lah, aku datang sini nak ajak kau lunch.Jom lah!".Ajak Akim sambil bangun daripada sofa.
Tengku Eray tidak menjawap. Namun, bangun juga daripada sofa. Telefon bimbit disimpan ke dalam poket seluarnya lalu segera keluar dari pejabatnya.
"Tunggulah!". Laung Akim. Langkah Tengku Eray dikejar.
"Kau ni kan tak boleh ke jalan sekali dengan aku".Bebel Akim sebaik sahaja dia dan Tengku Eray berdiri dihadapan lif.
Tengku Eray tidak membalas. Pintu kecemasan yang berada berhampiran dipandang. Tanpa sedar kakinya sudah melangkah mendekati pintu itu. Tanpa membuang masa, pintu tersebut dibuka dan Tengku Eray melangkah ke dalam.
"Kau nak pergi mana tu?!".Laung Akim geram. Tengku Eray diikuti daripada belakang.
______________________
Helen menyandarkan tubuhnya ke dinding dengan nafas yang tidak teratur. Kepalanya yang terluka dipegang.Seluruh tubuhnya terasa sakit.Kelopak matanya dipejam buat seketika sebelum dibuka kembali.Langsung tiada tenaga untuk berbuat apa-apa.
"Helen?".
Helen menoleh ke arah pintu apabila mendengar namanya dipanggil. Eray.
Tengku Eray yang bergegas mendapatkannya hanya dipandang. "Shit!!. Apa yang dah jadi?". Tanya Tengku Eray sebaik sahaja mendapatkan Helen.
Helen tersenyum nipis. Dengan sedaya upaya Helen mendekati Tengku Eray dihadapanny. Leher Tengku Eray dipaut lalu Helen merebahkan kepalanya dibahu Tengku Eray."I'm tired".Helen bersuara dengan lemah sebelum menutup kelopak matanya.
"Kenapa ni, Mika?. Apa yang dah jadi dekat dia?. Kenapa kau panggil dia Helen?". Soal Akim bingung melihat apa yang terjadi dihadapannya.
Tengku Eray tidak menjawap. Tubuh Helen yang tidak sedarkan diri dicempung."Kau ikut aku".Ujar Tengku Eray lalu segera keluar dari situ.
Akim menurut. Tengku Eray pantas diikuti daripada belakang.
___________________
'Kau tak patut kembali'
Helen membuka kelopak matanya dengan nafas yang tercungap-cungap. Pandangannya diliarkan ke segenap ruang sebelum menarik nafas lega. Hospital. Helen bangum daripada perbaringan. Tubuhnya disandarkan pada belakang katil. Serentak dengan itu, matanya menangkap kelibat Tengku Eray yang duduk di atas pemegang sofa sambil memandangnya tajam.

ANDA SEDANG MEMBACA
Jika Memang Dia
Storie d'amoreBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...