I won't scared to lose anything cause you're my everthing...
____________________
"Tengku....saya ada perkara nak minta bantuan Helina.Jadi saya nak dia ikut saya. Lagipun, dah memang kerja dia sebagai office girl". Jelas Zikri sambil melirik pada Helen tajam.
"Yes. Dia memang office girl..". Tengku Eray menapak mendekati Helen dan Zikri. Helen yang dipegang oleh Zikri ditarik kuat sehingga terdorong kepadanya."....mine office girl".
Helen terkaku.
Zikri dan Lyana tercengang.
Helen yang seakan-akan tersedar pantas berpura-pura ketawa. "Ada-ada ajelah Tengku ni.Suka sangat bergurau"."Mana ada bergu...".Tengku Eray yang mahu menyangkal kata-kata Helen terhenti apabila kaki Helen Memijak kakinya kuat sambil memberikan jelingan tajam." I mean...Helina ni akan jadi pembantu saya. Jadi saya nak Helina ikut saya ke office, saya nak buat beberapa pembaharuan".
Lyana mengangguk tanda faham."Kalau macam tu saya pergi dulu Tengku".Pamit Lyana sopan.
"Take Helina with you".Arahan Tengku Eray menghentikan langkah Lyana.Tengku Eray menoleh pada Helen pula."Meet me at office after ten minutes".
"Baik Tengku". Ujar Helen patuh lalu berjalan beriringan dengan Lyana masuk ke dalam lif yang terbuka tepat pada masanya.
Tengku Eray memandang pintu lif yang tertutup dihadapannya sebelum menapak menghampiri Zikri. Sebelah bahu Zikri ditepuk." I'm not kidding. Do not touch her. Set my words in your mind". Ucap Tengku Eray serius lalu pergi dari situ tanpa menunggu balasan daripada pekerjanya itu.
_____________________
"Baaaa!!".Tengku Eray yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam pejabatnya terkejut apabila disergah oleh Helen yang muncul disebalik pintu.
Helen ketawa kuat melihat wajah pucat Tengku Eray.Namun tawanya mati apabila kepalanya disekeh oleh Tengku Eray.
Helen menjeling Tengku Eray tajam yang selamba sahaja melabuhkan punggung di kerusi.Dokumen yang berada di atas meja dicapai lalu diteliti satu persatu dengan tekun.
Helen menarik kerusi di hadapan Tengku Eray lalu duduk di situ sebelum berdehem kecil untuk menarik perhatian lelaki dihadapannya."Eray...".
"Apa?".Soal Tengku Eray tanpa mengalihkan pandangannya daripada dokumen dihadapannya.
"Majlis ulangtahun syarikat kak Lyana yang handle kan?.Dia ada bagitahu saya yang sambutan ulangtahun syarikat macam hambar aje setiap tahun.Ada jugak pekerja yang bagi macam-macam alasan tak nak pergi jadi saya ada satu idea nak meriahkan majlis tu".Ujar Helen dengan berhati-hati.Tengku Eray dihadapannya dipandang.
"Dah bincang dengan Lyana?".Tanya Tengku Eray yang masih tidak memandangnya.
"Dah. Kitaorang cuma perlu persetujuan daripada awak".
"Idea apa?".
"Kami ingat nak 'lelong' CEO H&M Holding masa majlis tu nanti...dalam erti kata lain kami nak 'lelong' awak".Ujar Helen.
"Lelong...what?!!".Tengku Eray mendongak memandang Helen dengan wajah tidak percaya.
Helen tersengih.

ANDA SEDANG MEMBACA
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...