pARt🍂31

2.4K 159 17
                                    

If only I can make a choice..you're the one that I'll choose...

           ______________________

            Helen yang tersedar akan perbuatannya, terkaku di situ.

              "Er..barang saya tertinggal dekat dalam. Awak pergi lah dulu". Ucap Helen setelah mendiamkan diri buat seketika. Tanpa menunggu balasan daripada Tengku Eray, Helen segera masuk kembali ke dalam tandas.

             Tubuh Helen sandarkan ke dinding. Video di dalam telefon bimbitnya dimainkan semula. Dapat dilihat seorang perempuan ditarik oleh beberapa orang lelaki bertopeng sebelum dilemaskan ke dalam sebuah tasik tanpa belas kasihan. Perempuan itu mula meronta-ronta untuk keluar dari situ. Namun, lama kelamaan rontaan semakin perlahan.

              Helen mengetap bibir kuat. Kedua tangannya digengam erat. Helina. Tak guna!. Siapa yang buat kembarnya macam ni?.

             Nombor telefon yang menghantar video itu didail tetapi tidak dapat dihubungi.

             "Shit!". Nombor Gina didail pula kali ini. "Ambil I malam ni. Ada tempat yang I nak pergi".

           _________________________

Jam berwarna putih dipegelangan tangan, Helen pandang. Apabila jarum sudah menunjukkan pukul 10 malam, Helen segera bangun daripada sofa. Telefon bimbit dan dompetnya yang berada di atas meja dicapai lalu disimpan ke dalam poket seluar jeans sambil kakinya mengatur langkah ke arah pintu.

            Baru sahaja Helen mahu membuka pintu bilik, pintu tersebut dibuka daripada luar terlebih dahulu. Tengku Eray.

           "Where are you going?". Soal Tengku Eray sambil menutup pintu dibelakangnya. "Maksud aku..kau nak suruh temankan kau ke?. Aku tak ada pergi mana-mana malam ni".

             "Thanks but no. I'll be back. Tak lama pun. Saya ada perkara kena settle". Balas Helen lalu menyambung langkahnya kembali. Namun, saat dia melintasi Tengku Eray, sebelah tangannya ditarik secara tiba-tiba membuatkannya terhenti.

              "Kenapa?". Tanya Helen hairan.

                Tengku Eray tidak menjawap. Tangan Helen dilepaskan lalu sweater berwarna merah ditubuhnya ditanggalkan. Tanpa sebarang kata, sweater yang ditanggalkan dipakaikan pada tubuh Helen.

            Helen terdiam.

            "I don't know what you doing or where you going but please be safe". Zip sweater dizip hingga ke leher.

              Helen tersenyum nipis. "Wahhh...awak risau ke?. Jangan risau saya tak balik lam..".

              "Kau jangan nak perasan lebih-lebih. Cuba kau tengok sekeliling kau. Dah macam bilik mayat aku tengok". Dahi Helen ditunjal sambil menjarakkan dirinya sedikit daripada Helen.

                Helen menjeling Tengku Eray tajam dengan wajah tidak berpuas hati. "Ya...ya". Helen menganggukkan kepalanya. "Saya pergi dulu". Ucap Helen lalu menghampiri Tengku Eray. Rambut Tengku Eray digosok kasar sebelum melarikan diri dari situ.

            _______________________

Helen mengatur langkah ke arah pintu masuk sebuah kelab malam yang belum pernah dikunjunginya sebelum ini. Gina pantas mengikuti daripada belakang. Beberapa orang yang sedang beratur untuk masuk ke dalam kelab diperhatikan.

           "Boleh ke kita masuk miss?". Soal Gina saat mereka berdua berhenti di belakang orang yang berbaris. Menunggu gilirannya.

               Helen menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. Memang dia tidak pernah ke sini tapi dia perlu berjumpa dengan seseorang dekat sini.

Jika Memang DiaWhere stories live. Discover now