It's not because I don't believe you...it just because I don't want falling for you....
_______________________
Gina memberhentikan kereta berhampiran dengan kedai serbaneka yang dimasukinya tadi ketika dia datang bersama dengan Shahz."Miss Helen sure ke tak nak ke hospital?.Teruk tangan miss tu".Pujuk Gina buat sekian kalinya.
"Tak nampak kan darah dekat baju I??".Soalan Gina dibalas dengan soalan.
"Tak".Jawap Gina.Mujur Helen memakai sweater berwarna hitam, jadi walaupun terdapat darah di bajunya, darah tersebut tidak akan kelihatan.Dia tak tahu lah macam mana Helen boleh menahan kesakitan.Bukannya digigit semut tetapi ditembak.
"I pergi dulu.Jangan risau.Terus balik hotel".Pesan Helen sebelum keluar daripada kereta.
Gina sekadar mengangguk.
Helen segera keluar daripada kereta.Kakinya melangkah mendekati kedai serbaneka yang terletak tidak jauh daripadanya.Semakin lama dan semakin dekat.
Kaki Helen terhenti dengan sendirinya sebaik sahaja tiba dihadapan kedai itu.Tengku Eray yang sedang bersandar pada kereta dipandang dengan perasaan bercampur-baur.Pandangannya mereka berdua bertaut apabila Tengku Eray yang tadinya menunduk mendongak kepalanya.
Helen membetulkan sweater ditubuhnya apabila Tengku Eray berjalan ke arahnya.Tanpa sebarang suara, Tengku Eray memegang sebelah tangan Helen, menarik Helen menuju ke kereta.Helen hanya mendiamkan diri apabila Tengku Eray menarik tangannya menyebabkan bahunya yang terkena tembakan bertambah sakit.
Pintu kereta sebelah pemandu dibuka, Tengku Eray menolak Helen masuk ke dalam lalu pintu kereta ditutup.Tengku Eray bergerak ke arah tempat pemandu.Pintu kereta ditutup sebelum kereta dipandu laju meninggalkan tempat itu.
Helen menoleh ke arah Tengku Eray yang diam memandu disebelahnya."Er....kenapa....".
"Don't talk".Potong Tengku Eray pantas dengan wajah tanpa perasaan.
Helen terus terdiam.
________________________
Sebaik sahaja sampai diperkarangan vila, Tengku Eray segera keluar daripada kereta lalu pintu kereta dihempas kasar sebelum menonong masuk ke dalam vila tersebut.Meninggalkan Helen yang masih berada di dalam kereta.
Helen keluar daripada kereta. Sebelah bahunya dipegang.Kakinya diatur menuju ke pintu masuk.
"Cik Helen!".
Helen menoleh.Tangannya yang memegang bahu segera dijatuhkan.Shahz yang berdiri tidak jauh dari situ segera dihampiri.
"Awak pergi mana?.Kenapa Eray yang ada dekat situ?".Soal Helen hairan.
"Tengku Eray call, dia suruh saya perhatikan cik Helen.Jadi bila saya masuk dalam kedai tu dan tak nampak cik, saya bagitahu Tengku Eray, Tengku Eray datang dan suruh saya pergi.Cik Helen pergi mana?".Jelas Shah panjang lebar.
"Ohhhh..saya jumpa kawan tadi".Bohong Helen sambil tersenyum nipis.
"Cik okey ke?.Muka cik pucat sangat.Cik tak sihat ke?".Tanya Shahz pelik apabila melihat wajah Helen tidak seperti kebiasaannya.
"Tak.Saya okey.Er...saya masuk dulu lah".
"Cik Helen kena dinner sekarang.Ini arahan Tengku Eray".Balas Shahz serius.
ANDA SEDANG MEMBACA
Jika Memang Dia
RomanceBook 3 (Boy Like You Romance) _¡f love ¡s true then no matter what, love ¡s you_ Mimpi...semuanya seperti satu mimpi yang memerangkap aku dalam khayalan dan menghilangkan seluruh kebahagian aku. "Please tell me this just a lie". ...
