Bab 1

53.7K 962 24
                                    

SEGALA KEKURANGAN DIMINTA MAAF, MENCUBA UNTUK YANG TERBAIK. ACT AKU DH BNYAK KALI EDIT CERITA NI, TAPI DISEBABKAN WATTPAD BUAT TAIK AKU KENA EDIT BUAT KALI KE SERIBU OK JOKE. MALAS NK EDIT BANYAK-BANYAK KALI. SO YEAHH ENJOY!

ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴

"Irman, awak nak bawak saya pergi mana ni? Irman!" afwan meronta-ronta minta dilepaskan. Namun kekuatan irman lebih dari afwan, dia mendukung tubuh ringan afwan gaya mendukung guni. Afwan kehilangan kudrat. Sungguh kuat tenaga irman, tiba-tiba sahaja irman menculiknya sewaktu dia sedang memasak di dapur. Apa motif pun tidak tahu lah?

"Diam lah!" irman memberi amaran keras. Namun amaran itu tidak menakutkan afwan untuk membalas semula.

"Awak lepaskan saya dulu! Awak nak bawak saya pergi mana ni?" afwan memukul-mukul belakang badan irman. Tetapi tiada effect dari irman, yela kudrat lelaki dan perempuan tak sama? Semakin laju irman berjalan untuk mendapatkan keretanya.

"Irman! Jangan apa-apakan saya? Saya merayu dekat awak irman." afwan semakin takut dengan percubaan dari irman yang agak seram. Irman mengabaikan kata-kata merayu dari afwan, malah makin laju langkahnya.

"Tolong irman! Jangan buat apa-apa dekat saya." tidak henti-henti bibir mulut afwan merayu. Dia sangat takut dengan irman yang sekarang. Dari sebelumnya lemah-lembut bicaranya.

Dalam berapa minat, mereka sampai di tempat kereta proton saga milik irman. Pintu kereta di depan dibuka, lalu tubuh afwan dihumban ke dalam tempat duduk sebelah pemandu. Seterusnya, dia segera mengikat tangan dan kaki afwan supaya afwan tidak melarikan diri. Afwan dalam ketakutan? Dah kenapa pulak nak ikat-ikat dia? Selepas itu, irman mula memasuki ke dalam kereta bersebelahan afwan. Sempat dia tersenyum sinis ke arah afwan sebelum menekan pedal minyak.

Airmata afwan mula menitis. Takut dengan diri irman yang begitu seram? Tak pernah-pernah irman kasar terhadap dia. Tiba-tiba sahaja hari ini irman menculiknya sehingga melakukan kesan-kesan buruk.

"Irman awak nak bawak saya pergi mana? Kenapa awak buat saya macam ni? Saya takut." sayu sekali suara afwan. Terketar-ketar dia dibuatnya.

"Kenapa nak perlu takut?" sinis soalan dari irman.

"Bagitahu saya, awak nak bawak saya pergi mana? Cakap irman!" desak afwan.

"Selama kau sakitkan hati aku, kau ada fikir perasaan aku?" irman memulakan bicaranya. Mata setia memandang ke hadapan. Afwan mengerut dahi walaupun mata masih kekal bersama airmata.

"Saya buat apa dekat awak?" afwan menyoal. Dalam berkeadaan begini, dia betul-betul tidak fikirkan sebelum dia berkenal dengan irman dahulu. Apa yang dia dah buat dekat irman?

"Kau ni buat-buat bangang ke atau memang dah bangang? Kau tolak cinta aku lah bodoh!" pekik irman marah. Afwan terkesima.

"Kau tolak lamaran aku sebab aku datang dari keluarga yang susah, sebab aku tak layak untuk kau. Dan lepastu, kau berhubungan pulak dengan adhan kan?! Kau ingat aku tak tahu yang kau cintakan adhan kan? Kau memang pengkhianat!" hambur irman marah. Sungguh dia bencikan wanita disebelahnya ini. Afwan teresak-esak, terkejut dengan kata-kata sebenar afwan.

Kalau disebabkan itu, dia sanggup bersumpah! Dia tolak lamaran irman kerana dia tak bersedia untuk berkahwin dalam usia 22 tahun ini. Dia masih ada tanggungjawab pada opah dia di kampung, bukan sebab adhan? Dan perlu ke dia terima lamaran irman yang terlalu mendesak dia? Perlu ke!

"Ya Allah irman, saya bersumpah! Saya dengan adhan kawan je. Tak lebih dari tu, saya tolak awak bukan sebab harta ataupun rupa. Saya tolak ada sebab tertentu." terang afwan lembut.

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now