Bab 37

10.7K 512 14
                                    

Terasa seperti seseorang yang berada di sebelahnya, afwan menoleh memandang ke tepi. Terkejut beruk afwan melihat suaminya yang sedang tersengih seperti kerang busuk. Sejak akhir-akhir ni, adam kerap tersengih. Kalau tak selalunya, adam payah nak mengukirkan sengihan kerang busuk dia tu!

"Kenapa awak sengih macam tu? Buruk tau!" afwan menahan ketawa.

"Ala, aku tau kau nak cakap aku cute kan?" adam mengangkat keningnya beberapa kali, dengan senyuman yang terukir di bibirnya. Afwan menahan senyum, membahang pipinya menahan malu.

Kenapa adam macam berubah ke arah romantis?

"Perasan!" bidas afwan sebelum matanya membuang pandangan ke arah kaca televisyen. Adam dekatkan dirinya sehingga bahunya bersentuhan dengan bahu isterinya.

Afwan cuak!

Dia menoleh memandang adam semula. Wajah suaminya tersenyum-senyum.

"Kenapa awak dekat ni?" tersekat-sekat suara afwan. Sumpah! Dia betul-betul terkejut dengan tindak-tanduk adam? Ingin sahaja dia menyorok wajahnya dalam almari. Sabar afwan! Kau kawal muka kau please.

Adam tidak membalas pertanyaan afwan, malah tangannya naik memeluk pinggang ramping afwan. Afwan semakin cemas..

"Awak kalau nak...."

"Shhhh!" adam melekatkan jarinya pada bibir afwan. Dia sengaja mengunci bibir mulut gadis itu.

Afwan kaku.

"Aku ada something special untuk kau." adam berbisik di telinga afwan. Sesekali matanya melirik ke arah telinga kecil afwan, ingin sahaja dia mencium telinga gadis itu. Tapi dia tau, hubungannya tidak seperti suami-isteri yang di luar sana. So, dia perlu behave.

Afwan menelan air liur saat bibir suaminya terkena pada pipinya. Nak bisik tu bisik jelah, perlu ke nak goda aku?

Argh!

Adam kembali menjarakkan kedudukannya. Dia keluarkan sebuah kotak kecil. Afwan melihat dengan kerutan di dahi. Apa tu?

"Apa tu?" afwan menyoal hairan. Adam tidak menjawab, tapi dia lebih fokus kepada kotak tersebut. Dan dia membuka kotak tersebut.

Terbuntang biji mata afwan. Telefon?!

"Nah, untuk kau." diberi kotak itu kepada afwan. Afwan menyambut baik.

"Tapi untuk apa?"

"Saja. Tak boleh ke?" adam sengih. Sebenarnya niat dia mahu afwan ada telefon, senang dia nak call ke mesej ke. Ini kalau dia sorang sahaja yang ada telefon tapi afwan tak ada macam sama jugak? Lagipun, kesian afwan tak ada telefon. Nanti tak ada lah susah-susah dia nak call opah dikampung ke?

Sempat jugak adam beli telefon ni dekat kedai yang lain. Tapi bagus jugak dia belikan telefon ni untuk afwan, senang lah dia kacau afwan nanti. Ah kalau rindu boleh lah..... eh! Aip, jangan mengada-ngada adam!

"Bukan tak boleh, tapi membazir lah." jawab afwan kekok. Sejak bila adam pandai nak menghabiskan duit untuk dia? Selama ni, dia tak pernah pun mintak apa-apa dekat adam. Memang, dia pun teringin nak ada telefon sendiri. Tapi bukan dari duit adam, biarlah dari duit dia. Nak tunggu duit kau memang lambat lah afwan oi!

"Membazir apanya? Senang lah kalau kau nak call siapa-siapa. Nak call opah boleh, nak call mummy boleh, nak call aku pun boleh." adam tersenyum nakal. Tersengih-sengih afwan, alahai tolong lah adam. Saya tak kuat tengok awak sengih macam tu.

"Tapi!" adam kembali bersuara. Suaranya pulak berbalik kepada tegas. Sengih afwan mati. Dah kenapa?

"Tapi apa?" tanya afwan polos.

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now