Bab 11

14.8K 438 17
                                    

Siap sahaja adam membersihkan dirinya, adam terus turun ke dapur untuk menjamu selera bersama opah dan afwan. Dia melabuhkan punggungnya disebelah afwan, senyuman sinis terukir di bibirnya apabila afwan memandangnya. Afwan terus mengalihkan pandangannya dan pura-pura memandang ke arah lain. Adam ni scary lah! Sejak terjadinya kejadian di biliknya tadi memang nak terkeluar jantung!

Adam mencedok nasi goreng, tapi cepat-cepat opah menepuk tangan adam. Adam terus menggosok-gosok tangannya, opah ni kedekut lah!

"Hawa, awat hang dak cedok untuk adam?" opah pandang afwan. Terkebil-kebil afwan memandang opah, aik? Apasal aku kena pulak ni?!

"Hah? Cedok? Kenapa afwan pulak?" tanya afwan pelik? Dia kan ada tangan, cedok lah sendiri!

"Kena belajaq daqi awai kalau nak jadi bini orang! Cedok untuk adam sekarang!" arah opah tegas. Mencebik bibir afwan mendengar amarah dari opah, manakala adam sudah tergelak terkekeh-kekeh.

Hah! Suka lah tu, opah menang-menangkan lah adam ni. Agaknya opah dah lupa kut siapa cucu dia?

"Yelah.." afwan mengeluh. Segera dia mencedok nasi untuk adam. Kerana terpaksa ku relakan, ceh! Melebih pulak afwan ni? Pinggan adam terus diisi nasi goreng dengan dua cedok, hambik kau! Aku letak banyak-banyak.

Kau banyak kenakan aku sejak dua menjak ni, jadi hari ni aku pulak kenakan kau hekhek~

Adam pandang afwan, pandangan yang seperti kau-memang-taik! Tapi afwan hanya menahan gelak, sumpah! Adam pernah cakap dekatnya yang adam kurang makan banyak kalau pagi-pagi. And so, afwan apa lagi letak nasi banyak-banyak biar dia habiskan. Sebab dia tau yang opah memang tak suka orang membazir, kalau bazir memang kena lah kau dengan opah!

"Opah, adam nak cakap sikit?" adam mengalihkan pandangannya kepada opah. Sudah masa dia untuk memberi tahu, dia yakin yang masa ini adalah tepat, tak nak tunggu lama-lama lagi!

Opah dan afwan memandang ke arah adam. Wajahnya tampak serius? Ada apa-apa ke?

"Padia?"

"Adam, adam sebenarnya..."

"Sebenarnya adam, adam dah fikir masak-masak!" anak matanya dalam memandang anak mata opah. Dia harus mengambil hati opah sebelum menawan hati afwan, perasaan ini hadir tanpa sedar.

Tak! Sebenarnya, dia cuma mahukan sesuatu. Aduh! Susah nak explain sebenarnya, aku cuma nak uji afwan, mampu kah dia terima segala perbuatan aku jika aku sah menjadi suami kepada dia? Dia yang nak sangat kahwin kan? Kita tengok, dia terseksa ke tak?

Afwan setia mendengar bicara adam. Manakala opah pulak fokus kepada adam yang ingin diberitahu sesuatu.

"Adam nak kahwin dengan afwan."

"Huk! Huk! Huk!" terbatuk-batuk afwan mendengar tutur kata dari adam. Dia tidak percaya dengan kata-kata adam? Benar atau tipu? Pantas dia memandang adam.

"Betui ka?" tanya opah. Niat mahu kepastian dari adam, risau kalau adam ingin mempermainkan hati cucu perempuannya. Adam angguk kepala laju.

"Betul lah opah, adam dah buat keputusan untuk mengahwini cucu opah. Cumanya adam mahu simple je, tak nak dibesar-besarkan. Lagi satu, adam nak nikah je tak nak ada bersanding. Tak apa kan?" sesekali wajah afwan dipandang. Berharap keputusannya afwan setuju, namun afwan sekadar mendiamkan diri. Terkaku dia disebelah adam.
"Opah okay jah, yang nak kahwin hang bukan opah? Lagipun opah lagi suka kalau perkahwinan tu di simple kan, cuba hang tanya hawa, mana tau dia dak setuju dengan keputusan hang?" cadang opah dengan mengerling sekilas ke arah afwan yang membatu dari tadi. Adam segera memandang afwan, adam mencuit bahu afwan sedikit.

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now