Kenapa pulak lah malam ni dia tidak boleh tidur. Mungkin kerana otaknya terlalu penting memikirkan bagaimana mahu kembalikan prestasi syarikatnya. Walaubagaimanapun, dia tetap akan ikrar dengan janjinya! Dia akan penuhi segala permintaan neneknya. Dalam berapa saat, adam mengeluh kecil. Pusing kiri tidak kena, pusing kanan tidak kena. Apa nak jadi ni? Lalu, adam memusingkan tubuhnya ke kiri semula. Tanpa sedar, anak matanya menatap wajah afwan yang sedang lena tidur disebelahnya sambil memeluk bantal golek. Comel!
Lama adam merenung wajah isterinya, dari wajah sampailah ke tubuh. Memang sempurna! Tubuh isterinya memang mengiurkan dia, kalau boleh dah lama dia terkam. Tapi disebabkan afwan isterinya, dia tidak boleh berbuat apa-apa. Rambut yang menutupi separuh dari wajah afwan, membuatkan adam ingin menyelak rambut isterinya. Dipandang serius wajah afwan, dalam keadaan seperti itu membuatkan jantung adam berdegup secara tiba-tiba. Bibir yang kecil berwarna merah pekat, pipi yang tembam mulus, hidung yang mancung tidak terkata.
Tak sangka? Isterinya boleh melawan kecantikan eryna, dia ingat eryna lagi lawa dari isterinya. Tapi dia silap! Kecantikan afwan lain daripada lain. Sudahlah menutupi aurat, lagi menambahkan anggun di wajah afwan. Isteri dia kah ini?
"Dari mana kau muncul sebenarnya afwan? Kenapa kau hadir dalam hidup aku?" adam menyoal sendiri sambil menatap wajah mulus isterinya. Respon dari afwan sekadar menggeliat kecil, tetapi lenanya masih dijaga.
Melihatkan afwan semakin dekat dengannya, sekonyong-konyong adam menyentuh kulit tangan afwan yang terdedah sedikit. Disentuh dengan erat, sehingga tangannya gatal ingin menyentuh wajah isterinya. Dari pipi, hingga ke bibir mulut. Ya Allah! Nafsu aku tak kuat!!
"Astagfirullah! Adam kau kenapa?" mati terus perbuatan adam setelah mengucapkan kalimah itu. Terus dia beralih posisi, dia menghadap ke syiling atas. Tak mahu melihat wajah isterinya yang boleh melemahkan nafsu lelakinya.
Berpeluh-peluh dia jadinya. Afwan kenapa kau buat aku macam ni?!
Tanpa sedar, ingatan dia tiba-tiba teringat akan kata-kata eryna tengahari tadi. Sesungguhnya dia masih sayangkan eryna, cuma ego dia mahal sampaikan cinta eryna dia tak dapat menerima semula. Mungkin kerana sakit dihati belum hilang. Sememangnya eryna baik, tak pernah mengongkong hidupnya, fahami dirinya, sudah lah cantik, dan paling adam suka terhadap eryna. Dia hormat kepada mummy-nya walaupun mummy-nya masih melayan eryna dengan teruk.
Adakah dapat dia membuang perasaan sayang kepada eryna demi afwan? Ya Allah!
Dalam memenat fikir, adam membuat keputusan untuk memejam mata sehingga lah dirinya betul-betul terlena.
ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴
1:40 minit tengahari...
Afwan melangkah masuk ke ruangan dapur. Muncullah dua figura manusia yang sedang sibuk memasak. Afwan tersenyum sambil menghampiri mereka, daripada terperuk dalam bilik lebih baik dia menyibukkan diri dengan keluarga adam.
"Mummy masak apa?" dia menempel disebelah puan sri halisha. Terkejut puan sri halisha melihat menantunya tiba-tiba sudah berada di sebelahnya. Sejak bila muncul?
"Masak ikan kuah merah, lauk kegemaran adam." anak mata afwan dipadang dalam.
Tersengih-sengih afwan jadinya, oh! Adam suka ikan masak merah. Dia hanya iyakan sahaja sebelum membalas kata-kata puan sri halisha.
"Afwan bosan duduk dalam bilik, tu yang afwan turun ke dapur. Daripada afwan tak buat apa-apa, lebih baik afwan tolong mummy dengan makcik ida kan?" lurus afwan menjawab.
"Buat apa nak tolong? Bukannya susah pun. Lebih afwan duduk dekat ruang tamu, tengok drama tengahari ke?"
"Mummy ni, takkan lah afwan nak goyang kaki? Ini bukannya rumah afwan, sesuka hati pulak afwan nak buat macam tu." balas afwan merendah diri.
YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...