ASSALAMUALAIKUM SEMUAA!! WAHH DH BAB 8 SEKEJAPNYA JARI JEMARI KU MENAIP CERITA YINI AHAHAKKSS SORRY KLAU CERITA NI MCM HAMBAR BIN HAMBURR SEBENARNYA OTAK AQ NI BLUM PENUHI IDEAL LAGI, SO AQ PUNYA AYAT-AYAT DLM CERITA NI CAM TAIK AYAM. FOLLOWER AQ X RAMAI SO AQ X FEMES CAM KRG, READER AQ SHIKITT JAA KITA ORG BESHE BESHE JERR SO HM TLG LAH HAMBA MU YINI HEHEKKK
"Macam mana saya nak jelaskan semuanya awak? Opah pasti akan terkejut kalau dia dapat tahu yang kita akan berkahwin. Dari mana saya kenal awak, macam mana saya boleh hilang macam tu. Lepas tu tiba-tiba nak kahwin? Apa pandangan orang kampung terhadap opah saya nanti?" afwan menjadi kegelisahan. Sukar dia untuk hadapi ujian ini. Irman pulak entah kemana hilangnya? Walau macam mana sekalipun, irman tetap dalam gengaman afwan. Sudah tentu lelaki durjana itu tidak dapat larikan diri dari dia.
Irman awak akan terima balasannya!
"Kau tak payah gelisah, kau terus-terang je. Apa nak takut? Opah kau makan orang ke?" Adam membidas. Susah sangat ke nak bagitahu hal yang sebenar? Kalau menipu, lagi tambah gelisah. Hah, jadi keputusan yang baik kita berterus terang sahaja. Afwan ni pun lah, suka sangat letakkan diri dalam kesusahan.
"Memang lah opah saya tak makan orang. Tapi masalahnya, saya takut kalau dia tak dapat terima awak? Lepas tu macam-macam soal nanti. Macam mana kenal Adam? Jumpa dekat mana? Macam mana boleh tiba-tiba nak kahwin? Pernah bercinta ke? Hah! Macam mana saya nak jawab?"
Dalam keadaan serious, Adam tetiba rasa mahu gelak dengan gaya percakapan afwan. Comel!
"Kenapa awak tersengih-sengih? Awak ingat saya main-main ke?" afwan tarik muka. Dalam keadaan serius pun nak tersengih-sengih, ingat dia main-main ke? Sudahlah Adam belum kenal betul-betul lagi opahnya macam mana. Senang lah dia cakap hish!
"Better kau bagitahu hal yang sebenar." tawa Adam hilang saat afwan memuncung. Mengada! Keadaan kini menjadi serious.
"Kau bagitahu lah yang irman punca semuanya. Kau diculik oleh irman, kau dijual oleh irman di kuala lumpur. And aku datang selamatkan kau, lepas tu kau lamar aku and aku terima, settle!" sambung Adam selamba.
"Masa bila saya lamar awak?" afwan mengerut dahi. Ei!! Geramnya dengan adam ni!
"Kelmarin lepas," balas Adam selamba.
Afwan menarik nafas lalu hembus dengan kasar. Sejak bila Adam jadi annoying ni? Dan masa bila pulak dia lamar Adam? Setahu dia, rancangan perkahwinan mereka hanya terpaksa disebabkan desakannya, tak ada makna dia nak lamar adam. Ei!
"Okay aku gurau je. Tak apa, semua nanti biar aku yang cover. Kau jangan risau okay!" adam memberikan satu senyuman halus kepada afwan. Walaupun senyuman itu hanya nipis bagi afwan, ia tetap membuatkan jantung afwan terpukau. Dupdapdupdap, hensem!
Afwan membalas dengan senyuman nipis. Dia sedar, yang adam hanya penyelamatnya. Bukan cinta sejati seperti dalam drama yang ingin menyelamatkan heroin lalu melamar si heroin untuk menjadi pasangan hidup. Kisah mereka berlainan! Kahwin paksa!
ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴
Malam itu..
"Lah! Kenapa opah bangun? Kan opah tak sihat lagi?" afwan mendekati opahnya yang sedang menyibuk di dapur. Nampak macam mahu memasak? Opah memandang afwan.
YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...