"Saya izinkan awak kahwin dengan dia." walaupun berat dan pedih, dia harus mengungkapkan jugak demi menolong adik iparnya. Dia tahu, dalam situasi ni dia jugak telah merampas hak orang yang sebetulnya bukan hak dia.
Adam terpempan.
"Hari tu fika ada datang sini. Dia merayu-rayu dengan saya. Dia kata eryna perlukan awak, dia tenat. Dia dah tak hidup lama, jadi saya buat keputusan biar lah awak berkahwin dengan eryna. Lagipun membahagiakan orang itu adalah perkara yang baik." sambung afwan. Biarpun dia tidak memberitahu detail tentang afikah yang menyuruhnya melepaskan adam.
Nanti tak pasal-pasal masalah makin bertambah. Lagi pula, si adam dan afikah bermusuh.
"Tapi melepaskan awak tu adalah berat bagi saya. Sejujurnya saya dah penat melawan dugaan hidup yang selalu saya tempuhi. Saya penat adam. Penat.." teresak-esak dia menangis disebelah adam. Berjela-jela airmatanya menurun membasahi pipinya. Entah mengapa hatinya menjadi sebak saat dia mengizinkan adam berkahwin dengan eryna.
Isteri mana suka dimadukan? Mungkin hatinya sulit untuk terima takdir yang menyelubungi dirinya. Eryna sakit, eryna perlukan adam. Kau kena ingat tu afwan, kau menolong orang yang sedang menimpa sakit. Perkara yang baik yang telah kau buat.
"Awak penat dengan saya?" tebak adam. Airmatanya jugak tertumpah. Melihat afwan sakit adalah perit baginya.
Dia tak berniat langsung untuk menduakan isterinya. Tapi entah mengapa hatinya ringan sahaja mahu menolong eryna. Eryna sangat-sangat perlukan aku, jadi tak salah kan aku tolong dia sementara dia masih hidup?
"Tak. Bukan itu maksud saya. Saya cuma nak bagi awak ruang bersama eryna. Awak sendiri pernah cakap, kalau terjadinya apa-apa konflik antara kita, adakah saya mampu terima semua tu? Jawapannya saya mampu redho. Kalau hubungan kita tak kekal, saya mintak sangat-sangat yang awak boleh bahagiakan eryna. Walaupun ia cuma sekejap." ujar afwan sayu. Punggung di bangkit semula. Lalu dia menyusun langkah menuju ke arah bilik.
Adam mati kata. Keputusan apa yang aku dah buat sekarang ni? Ya Allah.. kemudian adam meraup wajahnya. Kusut dan buntu!
Di dalam bilik...
Masuk sahaja di dalam biliknya, dia terus mengunci pintu dan meniarap di atas katil bersama linangan airmata. Sungguh remuk hatinya untuk membuat keputusan sebegitu. Tak terbayang dia melihat adam berkahwin dengan perempuan lain.
Adam cinta terakhirnya!
Dia tak mahu kehilangan adam. Tapi kalau ini yang terbaik, dia redho. Lagipun mummy dah bencikan aku, daddy pun dah tak anggap aku sebagai menantunya. Buat apa lagi aku berada di dalam keluarga adam?
Tak apa, aku akan tunggu keputusan adam. Kalau dia masih mahu bersama aku, aku teruskan hidup aku sebagai menantu tak dihadap. Tapi kalau adam ingin melepaskan aku kerana permintaan mummy, aku redho dan balik kepada tempat asal aku.
Itu niat aku!
ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴
Afwan memasuki ke dalam ward keberadaan eryna. Dia melangkah masuk dengan hati yang tenang. Kelihatan afikah dan keluarga eryna berada di situ. Aku memberikan senyuman kepada mereka.
"Assalamualaikum, saya isteri adam." afwan meluru ke arah datin arina dan menyalami tangan kedut orang tua itu.
"Walaikumsalam. Kenapa ye?" jawab datin arina. Manakala dato' Amir sekadar memerhati wajah afwan.
Oh, ni lah isteri adam? Bisik hati dato' Amir.
"Saya datang sini nak berjumpa dengan eryna." wajah eryna yang lemah di kerling sekilas. Ya Allah kesiannya dengan eryna. Mesti dia tengah berlawan dengan penyakitnya?

YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...