"Sampai bila kita sorok rahsia kita dari mummy?"
Masih terngiang-ngiang bicara afwan di telinganya. Dia perlukan masa untuk bercakap tentang ni kepada puan sri halisha. Dia takut kalau waktu yang dia ingin cakapkan tu akan buat dia terasa takut. Tambah-tambah pulak rahsia tu sudah disimpan berbulan-bulan.
Argh! Apa yang aku nak kena buat ni? Patut ke aku bagitahu mummy hal yang sebenar?
Aku beli afwan sebanyak 50K , masih aku tak lupa lagi kejadian tu. Wanita yang merayu-rayu kepada aku supaya bawa dia keluar dari situ. Dan paling lawak, dia ajak aku kahwin? Lagi lawak bila aku jatuh cinta dengan dia.
Ya, isteri aku sendiri. Hawa afwan.
"Aku kena bagitahu mummy hal yang sebenar." ucap adam perlahan. Dia mengeluh lagi.
Takut?
Ya dia diserang ketakutan. Bukan sebab takut berhadapan dengan puan sri halisha, tapi takut kalau puan sri halisha tak dapat terima kenyataan.
Ya Allah....
Aku tak nak isteri aku menderita.
Selamatkan lah rumahtangga aku ya Allah. Amin.
Buat sekian kalinya, dia meraup wajahnya. Kusut! Ya sangat kusut.
ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴
"Tunggu! Hei! Tunggu lah!" afikah melaung memanggil.
Aduh lajunya dia berjalan!
"Hei you! Wait me! Pekak!" afikah berlari menyaingi benjamin. Nasib baik aku tak pakai kasut tumit tinggi, kalau tak berkarat tumit kaki aku dibuatnya.
"Apa yang kau nak?" keras benjamin menanya. Apa hal lah perempuan ni? Asal terserempak je ada yang nak bercakap lah apa lah. Rimas aku!
"You pakai kaki besi ke apa? Laju nya jalan! Penat i kejar you tau!" bidas afikah geram. Orang panggil tu cuba lah menyahut? Ini tak, diabaikan aku pulak? Macam tenuk je perangai!
Benjamin memeluk tubuh. Wajah cantik afikah dipandang.
"Aku tanya kau, apa kau nak?" benjamin kembali menyoal.
Afikah berdecit.
Nasib baik lah dia terserempak dengan benjamin di sini. Dia masih belum puas hati dengan benjamin. Dia nak tahu apa hubungan benjamin dengan afwan?
"I nak jumpa you."
"Dah jumpa dah pun kan?" wajah afikah dijeling.
"Okay tapi bukan di sini. Dekat restoran, boleh?" kening afikah terangkat. Sudah tiba masanya dia tahu latar belakang afwan, hanya benjamin sahaja yang boleh menolongnya sekarang.
Benjamin mendengus.
"Disebabkan muka kau ni macam terdesak sangat, kira okay lah." balas benjamin sinis. Sebenarnya dia malas nak layan adik adam ni, bagi dia tak ada kena-mengena pun gadis ini dalam hal dia.
Afikah menjeling. Muka aku macam terdesak dia kata? Kurang ajar!
"Okay, you follow i." afikah terus berjalan ke hadapan meninggalkan benjamin. Benjamin menjeling.
![](https://img.wattpad.com/cover/154258416-288-k114772.jpg)
YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...