Bab 30

13K 331 24
                                    

Aku fikir ni bekas kekasih adam je! Kalau orang lain, begh! Memang dah kena penampar satu das dari aku. Aku perhati je eryna menyuap nasi untuk adam, apa dia ingat aku ni tunggul kayu yang tiada perasaan? Amboi-amboi, sesedap ikan bilis masak merah dia je nak rapat-rapat dengan suami aku!

Adam pun sama! Menggatal depan mata aku. Haih! Sabar afwan... sabar...

"Atif mana?" afwan menyoal bagi memecah masuk. Haha. Sekurang-kurangnya aku tak ada lah jadi macam tunggul kayu kan? Eryna dan adam mengalih pandangan kepada afwan.

"Katanya pergi uruskan bil hospital. Kenapa?" jawab adam, langsung kembali menyoal kepada isterinya.

"Tak ada, ingat nak bagi nasi lemak dengan milo ais ni dekat dia. Yelah kan, membazir je kalau tak ada yang makan? Nak buang kan, sedih pulak. Tak pasal-pasal nasi lemak ni meraung tepi tingkap sebab tak ada yang makan." sindir afwan bersama senyuman dibuat-buat manis. Hah! Atif jugak jadi mangsa aku.

Eryna senyum nipis. Suapan untuk adam terhenti. Perlahan-lahan sudu disimpan dalam bekas nasi goreng, dia rasa kata-kata afwan tu dituju untuk dia.

Afwan yang perasan dengan perbuatan eryna, tersenyum dalam hati. Terasa ke? Haih afwan, sejak bila kau jadi kejam ni?

"Sorry-sorry." atif masuk bersama sengihan di mulut. Afwan, adam dan eryna berpaling memandang pemilik suara itu. Terkedek-kedek, atif berjalan menghampiri mereka.

"Dam, kau dah boleh keluar dah hari ni. Bil hospital kau, aku dah urus semuanya." tutur atif sopan. Dia berdiri disebelah afwan, dan adam hanya memberi reaksi mengangguk.

"Eh nasi lemak!" saat dia terpandang sebungkus nasi lemak yang berada di atas meja bersebelahan katil hospital, terus dia mencapai. Namun, nasi lemak tersebut sudah selamat berada di tangan adam. Amboi! Cepat betul dia rampas?

"Kau jangan nak mengada! Ni nasi lemak aku punya. Bini aku beli, takkan kau nak makan pulak?" ada nada-nada cemburu yang keluar dari mulut adam. Atif mencebik!

"Nasi goreng kau dah rembat! Nasi lemak pun kau nak?" atif menjeling mata. Wajahnya dibuat-buat menyampah.

Adam tidak memberi respon. Hanya menjelirkan lidahnya sahaja, manakala afwan tersenyum sendiri. Nak jugak nasi lemak, ingatkan tak nak tadi. Mana tahu, nasi goreng buatan eryna lebih sedap dari nasi lemak yang aku beli tadi?

Eryna tersenyum nipis.

ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴

"Haa, adam."

"Yes?" wajah eryna dipandang yang tidak jauh darinya. Adam sudah siap-siap untuk keluar dari hospital, pakaian t-shirt polo dan seluar jeans sudah lengkap di tubuhnya.

"You balik naik apa?" tanya eryna.

"Atif tumpangkan. Sebab kereta i kan atif dah tolong bawak balik kat apartment i." jawab adam bersama senyuman nipis. Adam sudah dapat menganggap yang eryna cuba untuk menghantar dia ke rumah.

"Ouh, i ingatkan you nak tumpang i. Memandang fika suruh balik rumah mummy you, i boleh je hantar."

Kan aku dah agak!

"Fika suruh balik rumah mummy i? Why?" adam mengerut kening. Ada pulak fika suruh balik rumah mummy?

"Mummy you nak jumpa you lah. Because of that, dia risau dekat you yang you kan dah masuk hospital." jawab eryna.

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now