Bab 12

13.6K 433 40
                                    

[ MEDIA - ADAM FARHAN ]

"Adam!"

"Apa?" adam membuat muka konon-konon tidak bersalah. Matanya pura-pura memandang ke arah kaca televisyen. Walhal dia sudah tahu yang wajah afwan memuncung, ingat dia tak tahu ke yang afwan gelakkan dia dari belakang tadi? Memang kena lah!

"Bagi buku tu. Saya nak ajar awak ni kan?" afwan setia memandang adam. Berharap adam pulangkan balik buku itu, amboi! Tak ada opah terus keluar perangai setan dia tu kan?

"Kau bukan cikgu aku pun." masih setia memandang televisyen.

"Suka hati awak lah! Orang nak ajar dia tapi tak nak pulak? Mengada!" afwan melontarkan kata-kata geramnya. Adam terus memandang wajah afwan, jarang afwan memarahinya? Aik?

"Apa yang kau nak ajar aku?" keningnya terangkat. Masih ego!

"Cara-cara nak solat lah! Nanti kalau awak dah kahwin dengan saya, senang awak nak jadi imam." balas afwan.

"Siapa cakap nak kahwin dengan kau?" adam bermain lidah. Sengaja nak sakitkan hati kecil afwan, afwan terus mendengus perlahan!

Tengok? Dia memang nak mainkan aku pun, dia ingat kahwin ni macam main pondok-pondok kut?

"Tak apa lah, saya pun tak nak sebenarnya. Sebab saya nak jaga hati adhan, kesian dia kalau dia dapat tahu yang saya nak kahwin dengan awak. Alang-alang awak kata macam ni, kita batalkan jela perkahwinan tu." bidas afwan pedas. Naik berdesing telinga adam mendengar bicara afwan, lagi tambah apabila nama adhan yang muncul.

Cemburu? Argh! Sikit lah.

"Okay!" adam terus memalingkan wajahnya ke tepi. Tak nak pandang wajah afwan, jelas menunjukkan yang dia sedang merajuk dengan afwan.

Afwan pulak mengerut kening. Aik? Aku yang merajuk ke dia yang merajuk ni? Takkan cemburu kut? Eh tak! Adam tak macam tu kan?

"Adam..."

Tak ada respon.

"Adam awak marah ke?"

No respon.

"Adam...."

Masih sama.

"Adam, jangan lah marah. Saya gurau je tadi. Saya tahu saya tak layak untuk siapa-siapa pun, saya mintak maaf~" sayu sekali suara afwan berbunyi. Adam masih diam.

"Saya cuma awak tak nak main-mainkan perkahwinan ni, kalau awak betul nak kahwin saya boleh terima walaupun kita tak pernah ada rasa sayang. Cuma saya tak suka, walaupun saya yang rancang dulu." afwan bangkit dari kerusi dan meninggalkan adam keseorangan, diruang tamu. Dia cuma sentap dengan kata-kata adam tadi?

Terdiam adam mendengar bicara afwan. Sempat dia memandang belakang tubuh afwan yang mula memasuki ke dalam biliknya, afwan marah ke?

"Dia suka aku ke?" duga adam perlahan. Haish! Takkkan lah, dia sendiri pun tak dapat terima aku? Wanita macam dia nak ke dekat aku ni? Kaki perempuan, kaki minum, kaki langgan pelacur, kaki biadap dan segalanya~

Tapi sejahat-jahat aku, aku tak pernah tinggikan suara pada opah. Sebab aku masih ada hormat pada orang tua, cuma aku masih was-was dengan afwan.

"Perlu ke aku mengadu pada Allah?"

Aduh!

Parah!

ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴

Siap sahaja adam mandi dan memakai baju, segera dia turun ke dapur untuk bersarapan. Hatinya mencari-cari dimanakah kelibat afwan, namun hampeh! Di ruang dapur jugak afwan tak ada? Dia pergi mana pagi-pagi macam ni?

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now