Bab 27

10.5K 318 1
                                    

Hujan makin turun dengan deras, jalan raya makin dibanjiri air hujan. Petir kilat yang menyambar awan membuat adam sedikit risau. Terbayang-bayang wajah takut afwan di mindanya, berbagai-bagai fikirkan yang bermain di otaknya! Tetapi, dia tidak mengalah. Pencarian harus diteruskan. Sejahat-jahat dia pun, rasa sayang dia pada afwan makin hadir.

Setelah beberapa minit berlalu, adam membelok ke kiri. Satu lorong gelap yang dibasahi hujan membuat adam terasa bergerak hati ingin ke sana. Sekonyong-konyong, mata ada membulat melihat figura manusia yang cukup dikenali sedang bercangkung di kawasan tersebut.

Afwan!

Ya isterinya.

Tanpa menunggu, adam terus memberhentikan kenderaannya di situ. Nasib baik lah ada payung di dalam keretanya. Sememangnya dia akan spare barang-barang yang keperluan di dalam keretanya. Tanpa berlengah, adam membuka pintu kereta seraya membuka payung. Lalu bergegas keluar dari perut kereta selepas menutup kembali pintu keretanya. Dia berlari ke arah afwan yang sedang bercangkung bermandikan air hujan!

"Afwan!" teriak adam. Susah sikit dengan keadaan yang hujan lebat seperti ini. Seakan-akan suaranya tenggelam di makan angin yang begitu kencang!

Ya! Dia pasti itu adalah afwan. Bersyukur dia kerana mendapat mencari isterinya kembali! Alhamdulillah.

Sayup-sayup kedengaran suara yang cukup buat dia kenal. Terbuntang biji mata afwan saat melihat satu susuk tubuh badan yang menghinggap ditepinya. Adam terus berpayungkan afwan dan sekaligus memeluk tubuh afwan yang kesejukkan!

"Adam!" afwan membalas pelukan adam dengan sekuat yang mungkin. Dia sudah tak malu lagi dengan perilakunya yang sekarang, dia hanya inginkan insan yang berada di sisinya. Dia amat memerlukan adam sekarang! Dia bersyukur kerana Allah telah mendengar bisik hatinya, dan ternyata adam menjadi penyelamatnya buat kali kedua!

"Jom! Masuk dalam kereta." adam terus memeluk bahu afwan dan membawa isterinya ke arah kereta. Sampai sahaja di tempat parkir kereta, ada lekas membuka pintu kereta belah afwan. Sebelum hujan makin lebat, baik dia cqqepat-cepat tinggalkan kawasan ni. Sudah lah gelap! Wuish!!! Seram bak hang!

Afwan melangkah masuk, manakala adam pula bergegas ke pintu sebelah sebelum kaki melangkah memasuki ke dalam perut kereta. Dia terus menutup payung dan diletak ke seat belakang. Wajah afwan dipandang dengan dirinya yang sudah pucat lesi. Sumpah! Dia betul-betul menyesal tinggalkan afwan di restoran sebentar tadi. Kalau dia tahu nasib menyebelahi isterinya, dia takkan keluar dengan eryna semata-mata niat mahu menenangkan hati kecil wanita itu.

Sayu sekali wajah afwan, dengan bibirnya biru akibat menahan kesejukkan, dengan baju sudah basah kuyup. Dengan tudung tidak terurus, serta seluruh badannya menggigil kesejukan. Ini semua sebab dia mencari keberadaan adam! Kalau dia tahu adam jauh dari restoran, dia takkan keluar setapak dari restoran tadi. Haih! Apa nasib kau afwan? Selalu diberi ujian?

"Kau pergi mana hah?! Kau tau tak! Aku cari kau macam orang gila?!" walau dia menengking isterinya, namun hati masih risau dengan afwan. Afwan angkat kepala memandang adam yang jugak mengigil kesejukkan.

"Awak ingat awak sorang je macam orang gila? Saya ni cari awak macam orang tak tentu arah tau tak! Sampaikan saya dikejar dua ekor anjing semata-mata nak cari awak! Awak tinggal saya dekat restoran tu sorang-sorang, dan awak boleh keluar macam tu je dengan eryna? Awak tak fikir ke saya ni takut ke apa ke? Saya takut sangat adam!" teresak-esak afwan menangis. Niat dia bukan mahu menengking adam, tapi sikap adam buat dia terasa sangat. Mana mungkin dia biarkan adam bersama eryna tanpa adanya dia? Dia cemburu kut!

Adam terpempan. Dia mengaku salah dia! Takkan dia nak tegakkan benang yang basah, sudah terang lagi bersuluh! Dia yang besarkan masalah ini?

"Aku mintak maaf! Aku tahu aku salah, aku tak sepatutnya tinggalkan kau sorang-sorang. Aku tak sepatutnya biar kau macam tu. Aku mintak maaf afwan.." tutur adam berasa salah. Stereng kereta dipandang sayu, rasa sedih melihat afwan ketika ini. Mesti berbahaya keadaan afwan selepas dikejar anjing kan? Masyallah! Maaf opah! Adam gagal jaga cucu opah! Adam jahat kan?

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now