Bab 18

11.9K 400 13
                                    

Malam itu..

Afwan hadir dengan membawa tiga gelas air coffe di letak atas dulang. Dia menatang dengan penuh hati-hati. Sampai sahaja di ruang tamu, dulang tersebut di letak atas meja kecil ruang tamu. Kemudian dia memberi satu per satu air kepada keluarga adam. Afikah tiada di rumah, tiba-tiba sahaja dia dapat emergency call. Mungkin ada pesakit yang ingin pertolongan darinya? Lalu dia melabuhkan punggung disebelah adam, suaminya!

"Adam." puan sri halisha memulakan perbualan. Anak mata memandang anak sulung lelakinya. Adam membalas pandangan.

"Ye mummy?"

"Esok tolong mummy boleh?"

"Tolong apa mummy?" adam berkerut kening, menunggu bicara puan sri halisha.

"Tolong ambilkan riz di airport." sambung puan sri halisha. Lagi sekali adam berkerut kening. Dah kenapa dengan sepupunya itu?

"Kenapa? Bukan ke dia masih di england?" sepupu adam yang bernama riz fayyad itu menetap di bandar england, dan jarang balik malaysia. Sebab itu adam hairan?

"Dia balik malaysia seminggu, kata dia. Dia rindukan family dia di sini. Jadi tak hairan lah kalau dia nak balik sini kan?" jelas puan sri halisha kepada adam.

"Kenapa mummy je tak ambik dia?"

"Ish! Kamu ni. Mummy esok pagi ada hal dekat butik, takkan lah mummy nak kejar masa ke airport pulak?" cebik puan sri halisha. Afwan sekadar memasang telinga, oh! Adam ada sepupu bernama riz.

"Haih! Yelah mummy," keluh adam. Dia malas betul nak pergi airport semata-mata mengambil sepupu lelakinya. Bukan sebab menyampah, tapi sebab jalan di kl ni tak sama dekat jalan di kedah! Jem teruk!

Haih! Malas betul hadap muka riz yang suka pok pek pok pek tu!

ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴

Ralit afwan membasuh pinggan di singki, dia tak nak lah makcik ida bersusah-payah di dapur. Sudahlah pinggan-pinggan bertimbun di dalam singki, dekat 10 minit jugaklah dia berkeras kepala untuk menolong makcik ida. Kalau tak! Takkan dapat, nasib baik lah dia ni jenis memujuk hati orang.

Mummy awal-awal tadi sudah ke butik, kata dia customer tetap dia hadir ke butiknya. Daddy pulak! Ada mesyuarat di Shah alam, manakala adam pulak belum pulang. Kata dia, dia akan balik untuk makan tengahari. Cuma dia sahaja, daddy tak sempat kut? Tapi sebelum adam nak balik ke rumah makan tengahari, dia harus ke airport untuk menjemput sepupu lelakinya. Baru balik dari england kan?

Makcik ida ke depan pulak. Jadi aku seorang sahaja lah tinggal di dapur bersama pinggan. Tak apa afwan! Menolong orang itukan dapat pahala, bagus! Perangai macam ni lah opah suka kan?!

Tiba-tiba afwan terasa seperti ada orang ingin menerkam tubuhnya dari belakang. Belum sempat afwan berbuat apa-apa tiba-tiba-

"Mak long!" riz terus memeluk tubuh seorang wanita yang di anggap mak sedaranya dari belakang, tapi lain pulak jadi apabila wanita itu memberi satu penumbuk padu di perut sasanya.

Terkejut beruk afwan apabila lelaki asing mana memeluknya dari belakang. Memang tempah maut lah jantan ni!

"Kau siapa!" riz menyoal kasar. Sakit di perutnya hanya tuhan sahaja yang tau.

"Kau pulak siapa?" soalan di balas soalan. Mungkin ini lah lelaki yang bernama riz itu. Sepupu adam kan? Sesuka hati je peluk aku!

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now