Bab 55

14.4K 390 8
                                    

Ting tong! Ting tong! Ting tong!

Ting tong!

Ting tong!

"Haish! Siapa yang kacau aku pagi-pagi macam ni?" omel afwan seraya memakai tudung. Dia mendengus sekejap.

Tak boleh tengok orang senang ke apa?

Tanpa berlengah lagi, afwan pantas menjurus ke arah daun pintu sebaik sahaja loceng sudah dihentikan. Pintu tersebut dibuka.

Berubah wajah afwan saat biji matanya memandang figura manusia yang sedang berdiri dihadapannya. Jantungnya berdegup laju apabila manusia dihadapannya ini merenungnya dengan tajam.

Benjamin!

Laju afwan menutup pintu kembali, namun tak kesampaian apabila benjamin menolak pintu tersebut sehingga afwan terdorong ke belakang. Akh! Sakitnya belakang aku.

"Kau lari mana hah perempuan?!" tengking benjamin seraya menarik tudung afwan sehinga tercabut kerongsang dan boleh menampakkan anak rambutnya bahagian hadapan.

Afwan meronta-ronta mintak dilepaskan. Tak semena-mena ingatan afwan kembali kepada kejadian di mana irman pernah berlaku kasar padanya.

"Kau tahu tak?! Disebabkan kau lah aku jadi macam ni. Kenapa kau tinggalkan aku hah?! Aku cintakan kau separuh mati, ini balasan kau pada aku? Kau lupa ke siapa jaga kau dulu? Lupa ke sial?!" amarah benjamin makin meningkat. Dia menarik tubuh afwan sambil mencengkam kain tudung afwan yang masih berada di atas kepalanya.

Afwan menangis apabila kesakitan itu makin kuat. Rasa nak tercabut kepala dia.

Tubuh afwan dihumban atas sofa ruang tamu. Benjamin angkat kakinya dan diletak ke atas sofa. Tangannya masih setia mengerjakan kepala afwan. Anak matanya pulak merenung tajam muka afwan.

"Lepaskan aku lah!"

"Apa dia?" benjamin gelak sinis.

"Lepaskan kau?" sambung benjamin.

Afwan mengetap bibirnya. Dia ingat aku ni binatang ke?!

"Hey perempuan, sedar sikit kau tu pelacur. Kau ingat, kau dah jadi isteri jantan tu kau dah suci murni lah? Hahahahaha!!!! Lawak sial?! Macam lahanat perangai kau tau!"

"Kau nak apa hah?!" naik tinggi seoktaf suara nyaring afwan. Direnung tajam wajah benjamin walaupun sudah berkaca.

"Aku nak kau lah sayang.."

"Pergi mati lah!"

"Apa dia? Pergi mati?" benjamin dekatkan mukanya di pipi afwan yang mula membasahi airmata.

"Kita mati sama-sama ye sayang."

"lepaskan aku!" tanpa sedari, afwan telah memberi tolakan lututnya sehingga terkena pada alat sulit benjamin.

Tangan kasar benjamin terlepas di kepala afwan. Dan ini peluangnya untuk afwan berlari masuk ke dalam biliknya.

Tak sempat benjamin mahu menarik pinggang kecil afwan, hanya disebabkan kesakitan yang kuat pada celah kangkangnya telah membantutkan perbuatannya. Dia meraung kesakitan.

"Afwan!!!!!!!"

Afwan terus lari dan mengunci pintu biliknya. Nafasnya turun naik turun naik. Menjadi tak tentu arah dia apabila benjamin sudah mengetuk pintu biliknya sekuat hati.

Afwan jilat bibir yang mula kering. Hatinya berdebar-debar. Apa aku nak buat ni? Hah! Call adam!

Afwan tangkas mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon suaminya. Telefon di lekat pada teliganya. Tak henti-henti bibirnya melafazkan nama Allah.

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now