"Afwan?"
Panggilan dari puan sri halisha menyentakkan dua pasangan itu. Afwan menoleh memandang puan sri halisha dengan mata yang terkebil-kebil. Manakala benjamin menelan air liur bagi mengurangkan debar di dada.
"Afwan okay? Siapa ni?" puan sri halisha mula menanya. Afwan mengaru hidung bagi menghilangkan janggal-nya.
Macam mana benjamin ada di sini?! Aduh! Kusut gila otak aku.
"Okay, afwan okay. Afwan tak kenal siapa dia, terlanggar je ni." afwan tersenyum nipis. Sesekali dipandang wajah benjamin yang kelihatan kecewa. Terus ditarik tangan puan sri halisha supaya jauhi dari benjamin sedikit.
Puan sri halisha mengerut kening. Mencuba mencerna setiap kata-kata menantunya. Kalau tak kenal, kenapa sampai bertentang mata? Punya lama pulak tu!
ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴
"Afwan, tunggu kat sini dulu. Mummy nak masuk dalam kejap, nak beli barang yang lain. Terlupa pulak mummy." pinta puan sri halisha bersama senyuman. Afwan mengangguk faham, selepas melihat kelibat puan sri halisha hilang di matanya.
Matanya meliar memandang sekeliling bandar kuala lumpur yang amat gah ini. Tapi bagi afwan, bandar di kedah lagi indah dimatanya. Walaupun dia lahir di kuala lumpur, bandar kedah tetap disanjung. Sebab, sewaktu dia berumur lima tahun, dia tidak pernah mengenal bandar kuala lumpur. Dan dia membesar pun di kedah, disebabkan itu dia rasa takut bila keseorangan di bandar kuala lumpur. Kebanyakan orang jahat di sini!
Afwan menghembus nafas berat, apabila memikirkan benjamin ketika berlakunya kejadian tadi. Dia betul-betul terkejut dengan pertemuan dia bersama benjamin, selepas berbulan-bulan dia tidak ketemu sama benjamin. Dan akhirnya, dia kembali menatap wajah pemuda kacak itu.
Kenapa kau muncul balik benjamin?
Terkejut beruk afwan, apabila lengan tangannya dicengkam dari belakang dan ditarik pergi ke tempat sunyi. Terpinga-pinga afwan dengan tarikan benjamin. Afwan meronta-ronta minta dilepaskan, tetapi kudrat benjamin lebih kuat darinya.
"Kau ni kenapa benjamin?! Sakit tau tak!" jerkah afwan dengan wajah berkerut menahan sakit, selepas tangannya sudah selamat berada di dadanya.
Benjamin mengacip gigi menahan marah. Dia betul-betul sakit hati dengan afwan sekarang! Boleh dia kata dia tak kenal aku? Selama dia berkurung di tempat pelacur, siapa yang tolong dia hah?!
Ini memang menguji kesabaran aku!
"Oh! Sakit? Habis, luka dekat hati aku ni kau pikir tak sakit ke?! Mana kau menghilang afwan?! Kenapa kau tinggalkan aku hah?!" naik tinggi seoktaf suara benjamin menengking gadis dihadapan dia. Kemarahan dia tidak dapat ditahan lagi. Wajahnya memerah menahan angin yang akan memberi effect kepada afwan.
Afwan merenung tajam wajah benjamin. Kalau ye pun! Tak perlu menengking dia, seolah-olah dia pulak yang bersalah.
"Kita dekat luar, jadi tolong perlahankan suara kau!" amaran afwan. Sesekali dia memandang ke kiri dan ke kanan, risau jika suara mereka akan membuat orang-orang lain perasan. Walaupun mereka di tempat yang sunyi.
"Aku tanya kau! Mana kau pergi selama ni afwan?!" soal benjamin, walhal dia sudah tahu hal yang sebenar. Afwan tarik nafas perlahan-lahan, lalu dihembus.
"Aku dah kahwin dengan adam. Jadi tolong, jangan ambik tahu pasal aku." dingin suara afwan dilontarkan.
"Wah! Senangnya kau cakap, macam kau yang betul selama ni. Kau sedar lah! Selama ni siapa yang jaga kau?! Siapa yang halang kau dari chen lai?! Siapa yang jaga makan minum kau?! Dan lepas tu, senang-senang kau kahwin dengan jantan tak guna tu?" tutur benjamin kasar.
YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...