beberapa minit, adam keluar dari bilik kerjanya. Waktu lunch sudah tiba, jadi dia berniat mahu pulang ke rumah. Sekali tu boleh lah jenguk isterinya, katanya lah! Saat dia mahu melangkah, kakinya terhenti saat satu suara mula memanggil namanya. Dia berpaling memandang suara tuan tersebut.
Eryna hampiri adam, seraya memberikan senyuman manis. Namun senyuman itu tidak dibalas dari adam.
"What are you doing here eryna?" suara adam sedikit dingin. Bukan ke dia dah suruh namira menghalau eryna dari sini? Wajah namira dipandang tajam, tertunduk takut namira jadinya.
"Mira! Kan saya dah kata?! Saya tak ada masa nak layan dia ni!" terus ditengking setiausahanya. Terdiam namira mendengar tengking dari adam.
"Adam, kenapa nak tengking-tengking macam tu? Cakap perlahan-lahan kan boleh?" eryna menyampuk bagi menenangkan keadaan. Dipandang wajah eryna yang disebelahnya.
"Eryna! Apa yang you buat dekat sini?"
"I just nak jumpa you. I miss you adam!" balas eryna separuh sedih.
Adam gelak sinis.
"Pergi mati dengan rindu you tu! Please lah eryna! Stop kacau i." walau kedengaran kasar, tapi suaranya dibiasakan. Kalau ditengking nanti, dianggap lelaki dayus!
"Adam, i cuma mintak you seminit je untuk layan i. Takkan sejak you dah kahwin, you dah dingin dengan i?" ditatap anak mata lelaki yang pernah bersatu di hatinya. Adam mengeluh.
"Oh seminit? Sorry lah! Kalau selama ni i dingin dengan you. Okay lah! Macam ni, you ingat balik perkara-perkara yang you pernah buat dekat i dulu. Okay assalammualaikum!" ujar adam, selepas itu dia berlalu pergi. Tergamam eryna melihatnya.
"Adam!" eryna memanggil, tapi adam tidak berpaling memandangnya. Malah dia terus pergi tanpa mempedulikan hatinya. Sejujurnya, adam telah berubah. Mana ada yang dulu!
"Cik eryna, saya mintak maaf." namira mencelah.
"It's okay, bukan salah awak pun." jawab eryna sambil tersenyum tawar.
ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴
Adam membuka pintu rumah banglonya, kakinya melangkah masuk. Dia mula melangkah ke ruangan dapur, untuk melihat hidangan makanan tengahari ini.
"Haih! Adam? Masuk rumah je terus datang dapur, tak ingat bini dah ke?" puan sri halisha yang sedang menyusun pinggan-pinggan yang baru di basuh tadi, berpaling memandang anak sulungnya.
"Salah ke adam datang dapur. Afwan tu nanti-nanti lah adam tengok!" adam menjeling tidak puas hati. Mummy ni! Makin lama makin manjakan sangat si afwan tu!
"Hah jeling-jeling! Ingat mummy takut dengan jeling kamu tu? Nampak ni?" pisau tajam yang baru dicuci bersih, ditunjuk.
"Ish mummy ni! Yelah-yelah, adam pergi naik atas jap. Tapi sebelum tu, mummy sediakan makanan adam. Adam dah lapar ni."
"Ye-ye!"
Terus adam melangkah pergi, ikutkan hati memang dia nak jenguk isterinya dulu. Tapi dia tak nak tunjuk sangat risaunya terhadap isterinya. Dah alang-alang mummy paksa tu, ikutkan saja lah!
Di atas...
Pintu dikuak perlahan, terhidang terus tubuh ramping afwan yang sedang berbaring di atas katil sambil membaca majalah terkini. Adam menghampiri afwan apabila wanita itu sudah perasan dengan kehadirannya! Tak cakap banyak, pantas afwan menyalami tangan suaminya. Gembira melihat kedatangan adam, dia ingatkan adam tak hiraukan dia dah! Tapi sangkaannya salah. Ternyata adam punya hati yang baik!
YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...