Bab 29

11.3K 335 2
                                    

1:00 minit pagi (malam)

Adam tersedar dari tidur apabila dia terasa ada sesuatu yang memegang tangannya. Mata dicelik perlahan, dipandang afwan yang sedang tidur berlapikkan tangannya. Kesian pulak! Sebenarnya, adam sudah menyuruh afwan pulang. Tetapi, afwan kata dia nak menemaninya. Jadi terpaksa lah dia bagi, lagipun atif boleh je temankan dia. Dia tak mahu lah susah-susahkan isterinya.

Tak sangka afwan ni pun degil! Nasib lah mummy tak tahu, kalau mummy tahu? Confirm kena bebel 13517 patah perkataan.

Lagipun, adam awal-awal lagi menyuruh tan sri hisyam untuk merahsiakan hal ini. Bukan apa, takut nanti puan sri halisha risau. Tak pasal-pasal bergegas datang ke sini? Kan susah tu!

Adam menarik tangannya perlahan-lahan, dibuatnya tangan dia kejang? Tak pasal-pasal lumpuh sebelah tangan! Sudahlah, kepala afwan boleh tahan berat dia? Lalu adam menyentuh kulit tangan afwan dan digoncangkan sedikit.

"Afwan, bangun!"

Tiada respon.

"Afwan.... bangun!!" gerak adam lagi. Respon dari afwan hanya suara yang mamai.

"Tidur atas lah, sakit badan nanti tidur macam tu."

"Tak.. pa, hmmm...." afwan kembali memejam mata sekaligus berdengkur kecil. Adam geleng kepala.

"Aku kira sampai tiga, kau tak bangun aku angkat kau!"

"Okay!" terbangun terus kepala afwan. Eii! Dia rela tak diangkat oleh adam, dengan adam yang lemah lagi tu. Wuish! Tempah penyakit betul adam ni?

"Meh! Tidur sebelah aku." ajak adam, dia sudah jarakkan dirinya dan memberi ruang untuk afwan. Afwan angkat kening?

"Apa? Tidur sebelah awak?"

"Ye!"

"Jangan lah buang tebiat malam-malam macam ni. Mana maunya saya! Dah lah sempit?" rungut afwan. Dia memang tak nak! Sudah lah katil pun hanya muat untuk satu orang, di ajaknya tidur sekali? Gila agaknya suami aku ni?

"Mana ada aku buang tebiat? Aku betul-betul ni, aku tak nak kau sakit badan. Dengan kepala berlapikkan tangan aku, boleh lumpuh tau tak tangan aku! Kalau ringan macam bantal tak apa jugak, ni macam buntut gajah! Berat!" sindir adam selamba. Membulat besar mata afwan.

Amboi!!! Ini dah melampau!

"Hesy! Kurang ajar betul!" dengus afwan.

"Apa dia?" adam dekatkan telinganya.

"Tak ada apa!" tanpa sebarang tindakan, afwan terus naik atas katil. Dan baring disebelah suaminya, ya Allah sempitnya! Nak aku nazak sekali ke aduh!

"Kan senang! Tak ada lah sakit mata aku memandang kau tidur macam tu?" tutur adam.
"Masalahnya...."

"Shhh!" adam memotong percakapan afwan. Sekaligus memeluk pinggang isterinya. Naik seram afwan dengan perbuatan adam!

"Astaghfirullahalazim!"

"Apa dia kau ni? Ingat aku hantu ke?" adam menggeleng kepala, melihat gelagat isterinya.

"Awak ni kenapa peluk saya macam tu?! Tau tak, saya tak selesa?" afwan memejam mata rapat-rapat. Takut dengan tindakan adam, tak pasal-pasal buat pahala dekat hospital?

"Okay fine!" adam kembali menarik tangannya. Dia tidur membelakangi afwan. Terserlah lah punggung adam yang terkena dipeha kiri afwan, afwan semakin berdebar!

Ya Allah jantung!

Naik sesak nafas dia jadinya. Tak pernah-pernah adam berkelakuan seperti ini? Adam ni kena rasuk ke?

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now