Adam menuang segelas air masak ke dalam gelas kaca. Tiba-tiba sahaja, tekaknya haus meminta air. Dia tidak pernah mengharapkan bantuan dari afwan, malah dia lebih suka menyendiri walaupun dia sudah berkahwin. Afwan terlalu baik untuk dirinya, dia tahu dia tak layak untuk afwan. Dia sedar selama ni afwan terlalu banyak menahan bebelan darinya. Tapi dia buat semua tu ada sebab! Dia nak buang perasaan aneh yang tiba muncul dalam hatinya.
Macam mana dia nak simpan rahsia mereka yang pastinya akan terbongkar suatu hari nanti. Mampukah dia menggengam rahsianya bersama afwan? Siapa afwan sebenarnya? Ya Allah!
"Gah!" riz datang mengejutkan adam yang sedang termenung.
"Ish kau ni!" adam sedikit terperanjat.
"Kau pehal bang? Termenung je? Teringatkan afwan?" riz menyoal bertalu-talu. Niat datang dapur ingin mengambil sepotong kek, tapi terserempak dengan sepupunya pulak? Elok pulak sedang termenung kat dapur sorang-sorang, tak takut ke?
"Tak ada lah! Aku serabut fikirkan company arwah nenek." adam melangkah setapak ke arah meja makan yang sememangnya khas untuk dapur. Punggung di henyak, begitu juga riz yang mengikut rentak adam.
"Tu kan dah jadi company pak long kan? Asal kau nak risau, aku kenal pak long macam mana. Dia sejenis manusia yang tabah dan kuat! Aku tahu korang boleh selesaikan." bicara riz bagi menyedapkan hati sepupunya. Adam ni terlalu banyak berfikir sangat!
"Yang kau ni pulak?! Bila nak kahwin?" tiba-tiba adam menyoal bagi menukar topik. Berdekah riz ketawa. Soalan apakah yang adam cuba menanya ni?
"Soalan apa ni bang? Aku belajar pun tak habis lagi, kerja pun belum lagi. Tak ada maknanya aku nak fikir pasal kahwin!" balas riz bersama sengihan.
"Sekurang-kurangnya, ada girlfriend! Ni satu habuk pun kau tak ada. Harap muka je hensem!" bidas adam berani. Seraya menjeling wajah sepupunya.
"Eh! Kau dulu bukan dengan eryna ke?" tiba-tiba riz menukar topik ke cerita lain. Senyuman adam mati di situ.
"Cerita lama." balas adam perlahan. Seakan-akan memberi kesan kepadanya.
"Oh!" riz tersenyum nipis. Seolah-olah tahu dengan jawapan sepupunya.
ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴
1:40 minit tengahari...
Eryna memasuki ke dalam pekarangan rumah banglo tiga tingkat milik tan sri hisyam selepas berjanji habis dengan afikah untuk menjemputnya. Niat ingin ke spa untuk rawatan muka, dan disebabkan berjanji eryna mengambil masa untuk menjemput bakal adik ipar yang tak jadi. Kereta berjenama mini cooper milik eryna, mendarat di halaman rumah tan sri hisyam! Kemudian dia membuka pintu kereta untuk sedia keluar dari perut kereta.
Dia menyusun langkah ke hadapan. Sampai sahaja di hadapan pintu utama, eryna mengetuk pintu dengan sederhana. Nafas diangkat lalu dihembus perlahan. Sudah lama dia tidak berpijak kaki di tapak rumah banglo tersebut. Rindu makin membuak-buak sejak dia bertemu dengan adam di sini. Tapi semuanya hanya kenangan.
"Nak apa?" mendengar sahaja ketukan di pintu utama, datin sri halisha terus mengorak langkah. Dan sampai sahaja dia membuka pintu, terpampang jelas susuk tubuh milik eryna. Wajahnya berubah keruh!
Eryna menelan air liur. Wajah orang tua dihadapannya ini, membuatkan dia gugup. Yelah! Berhadapan dengan orang yang tak suka kita kan?
"Fika ada tak aunty? Kami berdua berjanji nak ke spa, jadi eryna jemput fika." jawab eryna bersama senyuman pura-pura.
Langsung tiada senyuman di bibir puan sri halisha, hanya wajah tegang sahaja melekat di wajahnya! Berhadapan dengan eryna memang tak pernah bagi dia happy, bagi masalah ada lah!
YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...