Sedang afwan mencuci pakaian, dia tiba-tiba dikejut dengan mendapat kiriman mesej dari suaminya. Mengatakan puan sri halisha dimasukkan ke dalam hospital. Agak terkejut dia. Entah apa sebab pun dia tidak tahu, jadi dia membuat keputusan ingin ke hospital. Dia menaiki teksi, ala bukan jauh pun hospital keberadaan puan sri halisha.
Adam memang nak jemput dia, tapi awal-awal lagi dia dah larang. Katanya melambatkan masa aje! Sudahlah hatinya berdebar-debar, tiba-tiba sahaja mummy masuk hospital, tak pernah-pernah mummy nak masuk hospital? Agak-agak sebab apa eh? Ya Allah lindungilah hambamu.
Pintu hospital dibuka perlahan-lahan. Terus sahaja matanya menangkap susuk tubuh puan sri halisha yang sedang terlentang di atas katil hospital.
Anak matanya menoleh memandang adam yang turut berada di situ. Tak lupa jugak kepada afikah dan tan sri hisyam.
"Assalammualaikum." ucap afwan perlahan. Hanya adam sorang sahaja yang membalas, yang lain tidak membalas. Hanya melemparkan reaksi wajah tegang.
Perlahan-lahan afwan hampiri puan sri halisha. Jantungnya tak henti-henti berdegup kencang.
"Mummy...."
"Kau nak apa?" lantang puan sri halisha bersuara. Dilihat anak mata puan sri halisha yang sudah bertakung dengan airmata.
Afwan terkesima. Dia tak salah dengarkan? Bahasa puan sri halisha ditukar kepada 'aku kau'? Atas sebab apa pun dia tak tahu? Dia menoleh memandang adam yang diam berkutik, dia inginkan penjelasan.
Afwan cuba tersenyum. Namun bibirnya hanya mampu tersenyum nipis.
"Mummy okay?" dia mencapai tangan puan sri halisha namun ditepis laju. Afwan terpempan.
"Kau jangan panggil aku mummy. Kau perempuan yang murah! Kau tak layak jadi menantu aku! Kau keluar! Keluar!" puan sri halisha mula meronta-ronta.
Terbuntang luas biji mata afwan. Matanya sudah dipenuhi cecair jernih. Adam jugak begitu, sedih kerana puan sri halisha tidak dapat terima kenyataan. Sudah mengagak, rahsianya akan terbongkar jua.
Ini kerana sebab mulut afikah. Ya! Dia tidak sempat nak bagitahu hal yang sebenar. Afikah terlebih dahulu yang memberitahu.
Kesudahannya, isterinya yang ditimpa musibah.
"Mummy, ini afwan lah. Menantu mummy." ditepuk-tepuk dadanya ingin memberi puan sri halisha berpijak pada bumi yang nyata. Dihadapan dia sekarang adalah diri dia, bukan siapa-siapa? Kenapa mummy bersikap kasar?
Mummy jangan lah begitu.
"Kau bukan menantu aku! Kau pelacur! Pelacur!!!" terpekik-pekik suara puan sri halisha.
Afwan mengalirkan airmata. Dia begitu terkilan dengan apa yang dikatakan oleh puan sri halisha.
"Kau balik lah afwan, tak guna kau ada dekat sini." afikah menyampuk.
"Ye, kamu sepatutnya balik." kini tan sri hisyam pulak bersuara. Bersetuju dengan apa yang dikata afikah.
Terkilan?
Ya sangat terkilan.
Afwan bagaikan tidak percaya apa yang dah terjadi. Dilihat puan sri halisha yang langsung tak ingin memandangnya. Adam sudah melangkah ke arahnya.
"Sayang, jom kita keluar." adam cuba menenangkan afwan. Afwan geleng kepala laju.
"Tak, mummy afwan bukan pelacur. Mummy salah faham je, mummy ni afwan menantu mummy. Jangan buat afwan macam ni. Mummy pandang afwan. Pandang!" dia naik menyentuh lengan puan sri halisha berkali-kali. Namun puan sri halisha tetap berkeras tidak mahu.
YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...