Bab 21

12K 423 3
                                    

Afwan menepuk-nepuk bantal sebelum kepalanya mendarat atas permukaan bantal tersebut. Dari tadi lagi dia menunggu kedatangan adam ke bilik mereka, tapi bayang-bayang adam pun tak nampak! Mentang-mentang lah eryna ada di bawah, bukan main lagi tak nak naik atas. Memang menguji kesabaran aku betul lah! Siapa eryna sebetulnya eh? Berlegar-legar ayat itu bermain di benak fikirannya, selagi dia tak dapat tahu. Selagi itu dia sentiasa berfikir!

Pintu bilik tiba-tiba terbuka dari luar. Afwan menjenguk sedikit, saat tubuh adam yang mula memasuki ke dalam bilik mereka. Cepat-cepat afwan kembali membaringkan kepalanya di bantal dan pura-pura tidur. Mata dipejam rapat!

Adam memandang sekujur tubuh afwan yang sedang baring di atas katil. Nampak lena betul! Perlahan-lahan dia menghampiri katil lalu berlabuh punggung, selepas itu adam melekatkan tubuhnya pada permukaan katil. Kemudian, dia berpaling memandang afwan mengubah posisi ke kanan. Anak matanya tepat memandang raut wajah bersih afwan yang sedang lena di sebelahnya. Tidur pun comel ke apa?

Afwan berusaha untuk tidak membuka mata. Kerana dia tahu, yang adam sudah berada di sebelahnya. Kalau dia bukak mata, sia-sia je dia hidup! Mana lah tahu, tiba-tiba adam sedang memerhatikannya. Bukan nak kata syok sendiri, tapi kita kena sediakan payung sebelum hujan! Eh apa aku merepek ni?

Dari mana lah datangnya, keberanian untuk afwan mencelik matanya. Niat ingin mahu melihat adam, sedang tidur atau sedang berjaga? Dan ternyata iya! Adam sedang tidur dan memejam erat kedua belah matanya. Afwan mencebik, ingatkan sedang memerhatikan dia. Rupanya tak! Mana lah tahu kan, ada persis seperti hero-hero dalam drama tu! Yang suka tenung heroin dalam diam.

Dalam beberapa saat, afwan dikejutkan dengan satu objek! Tiba-tiba sahaja adam tidak rasa sedap hati, seperti ada seseorang yang sedang merenungnya walau dalam kegelapan. Rupanya, isteri sendiri yang merenungnya! Haih! Bukan ke tadi tidur? Nak tipu tak pandai!

Lalu, cepat-cepat afwan menutup mata kembali. Tapi tak sempat saat adam menegurnya.

"Tak payah nak konon-konon tidur! Aku tau kau tak tidur." kata adam dengan selamba. Disembunyikan tawanya. Perlahan-lahan afwan membuka kedua matanya dengan wajah berkerut. Kecewa dengan penipuannya yang tak menjadi!

"Saya memang dah nak tidur pun!" masih berdalih. Bibirnya dicebik kan!

"Lantak kau lah! Dah aku nak tidur." segera di pejamkan kedua kelopak matanya. Malas mahu melayan afwan yang suka berdalih dengannya! Afwan mencebik!

'Hish! Menyampah! Dengan eryna nak pulak layan, dengan aku? Macam apa je!' desis hati afwan geram.

"Siapa eryna?" tanpa aba-aba, afwan menyoal dengan perasaan berani. Disebabkan soalan itu selalu bermain di fikirannya, dia mendesak dirinya untuk menyoal kepada adam.

Mendengarkan sahaja butir bicara dari afwan. Kedua belah mata adam terbuka secara automatik! Haih! Dah kenapa soal tentang ex nya pulak ni? Anak matanya bertentang mata bersama afwan.

"Tak payah nak sibuk sangat pasal orang!" bidas adam selamba. Sempat dijeling sekilas wajah afwan. Terasa afwan dengan sikap adam yang tak pernah faham perasaannya tika ini. Afwan mencebik geram! Pantas dia memejam matanya kembali. Kecewa dengan perilaku suaminya.

Mendengar sahaja bunyi yang sunyi di gegendang telinganya, membuatkan adam ingin membuka kedua matanya semula. Dipandang wajah afwan yang mula menutupi matanya dengan rapat. Merajuk mungkin?

"Eryna, ex-girlfriend aku." ringkas adam memberitahu. Automatik afwan membuka biji matanya.

"Yang selebihnya, kau tak perlu tahu! Cukup kau tahu yang dia ex-girlfriend aku je." sambung adam dingin.

"Dah! Jangan ganggu aku nak tidur." pantas adam memejam matanya. Kini dia betul-betul ingin lena! Dia sudah penat memikirkan dunia, jadi dia ingin rehat.

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now