HEYYO!!! SUDAH BAB 15 WOII BANGGA LAH SIKIT HEHEKK ^_^
AQ BUKAN APA LAH, HAPPY LAH SBB SI AFWAN TU DH KAHWIN DGN MAMAT BERNAMA ADAM NI HAA. SENANG LH KERJA AQ NK KENAKAN AFWAN NNTI HAHAHAHAX ACT, MUMMY ADAM SEBENARNYA TK JAHAT TPI AD SESUATU YNG BUAT DIA JAHAT NNTI. FIRST DIA AKN LAYAN AFWAN DGN BAIK, BILA RAHSIA DH TERBONGKAR PUM PANGG HAH HABIS LAH KAU AFWAN AYOKK.. OKAY CAU~"Dah berapa lama kenal?" soal lelaki yang berumur kira-kira 50-an. Anak matanya tepat memandang afwan, jadi tak keruan afwan apabila daddy adam melihatnya. Seperti nak makan orang pun ada?
"Dah lama kenal, jadi sebeb tu kitorang rancang nak kahwin." balas adam dengan niat ingin menutupi kegelisahannya. Terpaksa menipu dengan orang tuanya. Bukan saja-saja, dia buat semua ni demi afwan!
Afwan sedikit tidak setuju dengan omongan adam. Kalau lah diberi peluang untuk menjelaskan semuanya kan senang, tak perlu nak tipu-tipu. Tak perlu nak berlakon depan semua orang. Afwan menunduk kepala, tiada rasa selera mahu makan. Tiba-tiba teringatkan opah di kampung, hm..
"Kenapa nak kahwin tak bagitahu mummy? Kalau mummy tahu, senang mummy uruskan. Kesian tau mummy dekat adam. Langsung tak ada bersading, just akad nikah." puan sri halisha bersuara, kecewa dengan anaknya. Langsung tidak tahu perkara sebenar.
Adam gigit bibir. Berasa serba-salah dengan mummy-nya. Kalau mummy tahu waktu dia berkahwin dengan afwan, lagi teruk keadaan menjadi. So, benda yang Bagus bila family-nya dapat tahu waktu dia sudah berkahwin.
"Adam tahu mummy kecewa sebab tak dapat buat majlis untuk adam. Tapi adam buat semua ni, untuk kebaikan kami. Kami tak nak orang luar tahu, nanti lebih teruk keadaan menjadi." jelas adam kepada puan sri halisha. Dia sendiri pun nak kalau mummy-nya yang uruskan majlisnya, tapi..... haih!
Afwan menahan sebak mendengar perbualan mereka. Ruangan meja makan menjadi sepi seketika, semua hanya memberi reaksi sifat keredhoan. Kecuali afikah yang tiba-tiba mendengus kasar!
"Kalau kak eryna tahu yang abang dah kahwin, mesti hancur berdebu hatinya kan? Yelah, lupa kau kan sejenis manusia yang suka sakitkan hati orang." bidas afikah selamba. Berdesing telinga adam mendengar bicara kesat adiknya. Ini dah melampau!
"Fika! Kau ni dah lupa ke? Aku dengan perempuan tu dah tak ada apa-apa hubungan, kau sendiri pun tahu kan yang dia sendiri putuskan hubungan aku dengan dia. Kau memang suka cari salah orang, salah sendiri tak nampak!" balas adam yang kini tampak marah. Afwan pula tidak keruan jadinya.
Siapa pulak eryna tu?
"Sudah! Korang berdua kalau berjumpa, memang tak sah kalau tak bergaduh kan? Nak daddy humban korang berdua dalam stor ke? Biar bergaduh bertumbuk dalam bilik stor tu!" tan sri hisyam mencelah. Mencelah bagi memecah pergaduhan mereka.
Berubah terus wajah dua beradik itu. Adam masih dengan dinginnya, manakala afikah masih dengan wajah selambanya. Ya Allah kalau tengok muka afikah waktu ini, rasa nak lempang pun ada.
'Banggakan sangat eryna tu! Acah betul kalau dapat adik macam perangai sampah ni! Aish!!' bisik hati adam dengan geram. Memang naikkan marahnya betul!
ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴
Afwan berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah banglo milik tan sri hisyam. Cukup sempurna dengan hiasan rumah banglo tiga tingkat ini. Beruntung kan mempunyai harta dengan hasil titik peluh sendiri, tak perlu susahkan orang pun kan? Hanya perlu dilakukan dengan usaha yang lebih, tabik spring lah pada daddy adam ni!
YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...