Bab 61 ( AKHIR )

34.3K 579 100
                                    

Dua minggu kemudian...

"Adam farhan bin tan sri hisyam." ustaz yang bernama azzam menghulurkan tangannya lalu berjabat tangan bersama adam.

Adam menatap wajah ustaz azzam. Dia redho dengan apa yang dah jadi.

"Ye saya?"

"Aku nikahkan dikau dengan nur eryna mastura binti dato' Amir irsyad dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya nur eryna mastura dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai." lancar adam melafazkannya. Saat ini, ingatannya mula terfikir tentang afwan di kampung.

Saya mintak maaf afwan.

"Sah?" tanya ustaz azzam kepada tetamu-tetamu yang hadir. Begitu juga wali eryna, iaitu dato' Amir.

Mereka mengangguk kepala tanda adam sah kepada eryna.

"Sah!"

Dan ustaz azzam mula membacakan doa. Mereka terus menadah tangan. Saat itu, airmata adam jatuh membasahi pipinya. Jantungnya bagaikan lemah dan tak mahu berdegup lagi.

Dia cuba usir wajah afwan yang selalu dia terbayang-bayang, namun sukar untuknya lupakan. Selesai sahaja mengaminkan doa, adam berganjak ke eryna yang hanya mengenakan solekan nipis, bagi menutup wajah pucatnya.

Adam ingat mahu akad nikah di hospital sahaja, mengenangkan nasib eryna yang sudah lemah. Tapi eryna berkeras mahu akad nikah dirumahnya. Jadi adam ikutkan sahaja.

Acara pembatalan air sembahyang adam sudah laksanakan. Dia mencium dahi eryna setelah selesai menyarungkan cincin emas yang bertakhta tiga butir berlian. Airmata eryna mula ditayangkan kerana sebak semakin menjadi-jadi.

Dia masih tak sangka adam akan jadi miliknya walaupun hanya sementara. Terima kasih afwan kerana awak sudi menolong saya. Saya yakin awak dan adam akan kembali semula.

"Terima kasih adam, kerana sudi menjadi milik i walaupun hanya sementara." ucap eryna lemah. Adam senyum sikit.

"Sama-sama."

Afikah jugak menitiskan airmatanya. Sebak melihat perkahwinan yang hanya secara simpati. Tapi dia sangat puas kerana dapat menepati janjinya kepada eryna. Aku akan buat apa sahaja demi kau eryna.

"Jom kita selfie!" adik perempuan eryna mencelah. Dia tersengih-sengih ingin mengembirakan kakaknya. Dia tahu, kakaknya tak selamanya bersama dia lagi.

Mereka terus ber-swafoto dengan penuh gaya-gaya gembira. Tapi sebaliknya adam hanya mempamerkan senyuman nipis, begitu jugak eryna yang sudah tiada masa lagi.

Akan saya ingat pertolongan awak afwan. Saya akan doakan awak bertemu kembali bersama adam. Saya harap awak tak lupakan adam. Saya tahu adam masih cintakan awak. Tolong jangan tinggalkan adam lagi.

Saya rindu awak afwan..

ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴

"Awak dah mandi?" soal eryna lembut. Hari ini dia mahu membuat keputusan untuk menukar bahasa kepada 'saya dan awak'. Rasa macam tak manis kalau disebut 'i you'.

Adam melabuhkan punggung disebelah eryna. Dia bersandar pada kepala katil. Manakala eryna sudah berbaring di atas katil, mungkin penat?

"Dah." balas adam ringkas. Dia mencari nafas baru. Terasa kekok untuk dia bersama eryna walhal dulu dia pernah bercinta dengan eryna.
Eryna senyum nipis. Kemudian dia bangun dari baringnya dan mendekati adam, tubuh adam dipeluk tiba-tiba. Terkejut adam jadinya. Tanpa diminta, eryna berbaring di atas dada sasa adam.

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now