1:00 am..
Adam terbangun dari tidur, terasa kejang pundi kencingnya. Aduh! Time-time macam ni lah kau nak terkencing wahai ehem-ehem. Adam menggigit bibir, sudahlah bilik air dekat luar? Mampus aku! Takkan lah aku nak ajak opah afwan pulak? Wuishh tamat riwayat aku macam tu weh!
Afwan?
Lemekk!!! Comfirm dia dah tidur, lagipun takkan aku nak ajak dia? Tu lah adam! Awal-awal tadi kau tak nak shushi, lepas tu mula lah nak menyusahkan orang! Haish! Peduli taik aku? Aku kena mintak tolong afwan jugak! Kalau tak habis bengkak aku punya bawah ni karang.
Sepantas kilat adam turun dari katil bujangnya, lalu membuka pintu bilik dan terus melangkah ke bilik afwan. Daun pintu bilik afwan dipandang, moga-moga afwan tak tidur lagi, fuh!
Pintu bilik di ketuk.
Tok! Tok! Tok!
"Afwan, bukak pintu ni kejap!" perlahan suara adam memanggil. Takut mengganggu lena opah, dah lah bilik opah sebelah bilik afwan je. Aduhmak! Si perempuan ni pun payah nak bukak pintu?
Tidur mati ke?
"Afwan! Bukak lah pintu ni kejap? Aku dah tak tahan ni!"
Tiada respon.
"Afwan! Aduhmak!! Kau tidur ke?" tangan kanan masih setia mengetuk pintu bilik afwan. Manakala tangan kiri pulak menahan 'benda' dibawah supaya tidak melepas di sini. Mampus argh canni!
"Afwan........" meleret adam memanggil, aduh nak nangis pun ada ni?
"Af..." belum sempat adam mahu memenuhi nama afwan, afwan sudah membuka pintu biliknya dengan memakai tuala. Wajah tidurnya jelas nampak.
"Kenapa ni?" afwan mengenyeh biji matanya. Pelik lah adam ni, pagi-pagi macam ni buat kacau? Mengigau ke?
"Teman aku ke tandas boleh?" malu-malu adam menanya. Afwan memandang adam dengan pandangan kabur, taik mata banyak!
"Buat apa? Saya ngantuk lah!"
"Buat apa kau tanya? Pergi buat air kecik lah, takkan membawang dengan jamban pulak! Aduh kau ni?" adam menjeling. Dalam keadaan kritikal pun boleh tanya soalan bodoh! Perempuan ni memang cari nahas betul!
"Tak boleh pergi sorang ke? Saya betul-betul mengantuk ni." afwan menggosok-gosok lengannya. Dingin betul ketika ini, sampai kejang kaki afwan dibuatnya?
Adam mendengus geram!
"Kau fikir kau punya ngantuk je ke?"
"Yelah-yelah, kejap saya pakai tudung." afwan mahu berpaling ke belakang, ingin mengambil tudung. Tapi langkahnya terhenti apabila adam menghalang.
"Tak payah pakai tudung lah, pakai je tuala tu! Pergi tandas je bukan pergi mall!" marah adam. Gila ke? Aku nak kencing bangang bukan nak ajak pergi mall, kau tahu tak! Aku punya bawah ni dah bengkak!
Ugh!
"Cepatlah!" adam berjalan melepasi afwan. Dia betul-betul tak tahan. Afwan hanya mengeluh berat, haih!
Sesudah mereka sampai di luar rumah. Adam terus berlari pecut masuk ke dalam tandas, sebelum tu sempat dia berpesan kepada afwan.
"Kau jangan lari, tunggu aku sampai siap? Kalau kau lari, aku bagitahu semua orang kampung yang kau pernah kerja pelacur!" ugut adam keras. Afwan menjeling, berapa kali dia nak pesan dekat adam yang dia bukan perkerja di situ! Pekak ke apa?!"Ish! Cepat lah buang air kecik tu, membebel pulak?" afwan sudah naik angin. Kalau setakat mintak tolong tambah sakitkan hati dia baik dia pergi masuk tidur! Mimpikan idhan lagi Bagus! Ergh!
![](https://img.wattpad.com/cover/154258416-288-k114772.jpg)
YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...