Alhamdulillah! Kini kaki afwan sudah sembuh sepenuhnya. Adanya makcik ida, akhirnya kaki dia tidak sakit lagi. Tapi yang sakit sekarang, apabila afwan diberitahu yang dia dan adam akan balik ke apartment hari ni! Tak pasal-pasal aku kena kemas baju dia!
"Kenapa lah awak tak bagitahu saya semalam yang kita nak balik apartment awak. Kalau tak, saya dah kemas semua baju kita." tutur afwan sambil melipat baju-baju adam dan dia, lalu dimasuk ke dalam bagasi milik adam. Adam yang baru keluar dari bilik air, memandang adam dengan wajah tegang.
"Macam tak boleh kemas hari ni." dijeling afwan yang berada di atas katil. Dia sengaja tak nak bagitahu afwan semalam, lagipun dia masih merajuk dengan afwan tentang benjamin. Lagi sakit bila afwan terus tidur dan langsung tak bercakap dengannya. Sekurang-kurangnya, tegur lah dia walaupun dia berkeras tak mahu memandang isterinya.
Afwan yang melihat ketegangan pada wajah suaminya, mencebik. Tak habis-habis lagi ke dengan hal yang semalam?
"Masalahnya saya yang kemas sorang, bukan awak tolong pun!" gertak afwan tanpa sedar.
"Apa dia?" adam hampiri afwan seraya mendekatkan wajahnya pada afwan. Dua mata itu tepat memandang anak mata afwan. Terdiam sejenak afwan melihat adam dekat dengannya. Hanya beberapa inci sahaja!
"T.. tak... tak ada apa!" terus dia membuang pandangan pada arah balkoni. Seram melihat perangai adam yang sekarang!
Adam sembunyikan senyuman.
"Dah! Cepat kemas cepat siap." arah adam setelah dirinya sudah jauh dari afwan. Dia mengambil baju t-shirt polo berwarna hitam pekat yang disedia dari afwan, nasib baik lah setiausahanya mira sudah menguruskan hal di Ofis!
Manakala afwan masih bermain dengan debarnya. Sumpah! Awak buat saya gila adam! Aku tak kuat!
ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴
Afwan dan adam sudah siap sedia berada di depan pintu utama, sebelum mahu menyusun langkah ke luar rumah. Sebelum itu, puan sri halisha turut berada di situ sebelum anak menantunya pulang ke tempat asal. Berat hati jugak puan sri halisha mahu melepaskan afwan kepada adam sepenuhnya. Dia dah anggap afwan macam anak kandungnya! Jadi dia takut, kalau adam sia-siakan afwan.
"Mummy, afwan pergi dulu tau. Jaga diri, jaga pemakanan, dan selalu ingat afwan ye?" afwan tersenyum manis.
"Mummy akan selalu ingat afwan. Afwan jaga diri tau dekat sana, mummy sayang afwan macam anak mummy sendiri. Lepas tu, selalu datang dekat sini tau. Mummy dah tak ada kawan nanti." wajahnya berubah sayu. Sedih dengan kepergian menantu kesayangannya. Manakala adam sekadar memerhati.
"Insyaallah mummy!" jawab afwan, selepas itu dia menyalam tangan puan sri halisha sebelum berangkat. Begitu jugak adam.
"Mummy, kirim salam dekat daddy dan fika." afwan menitipkan pesanan kepada puan sri halisha. Kecewa dia bila afikah dan tan sri hisyam tiada bersama dia. Seolah-olah dia tak bermakna bagi mereka.
"Yelah, hati-hati drive kereta adam. Jaga isteri kamu, jangan sakitkan hati dia. Mummy dah anggap dia macam anak mummy sendiri, sebab mummy tau afwan isteri yang baik!" anak mata puan sri halisha beralih arah pada adam. Mahu memberi pesanan kepada adam. Adam terdiam, lalu memberikan anggukan kecil.
"Kami pergi dulu mummy." adam dan afwan lekas menyusun langkah ke arah kereta. Sebelum masuk ke dalam perut kereta berjenama audi A8, afwan melambaikan tangannya pada puan sri halisha yang setia menunggu di depan pintu. Kemudian, afwan memasuki ke dalam perut kereta dengan hati yang sedih.

YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...