Afwan mengetuk meja dengan perlahan-lahan, sambil menunggu kedatangan waiter untuk menghantar makanannya. Lama betul! Haih! Manakala adam pulak menyibukkan diri dengan memain telefon pintarnya. Memang tak nak diajak bual langsung! Ingat aku ni patung dua tiga ringgit ke?
"Apa yang best sangat dengan telefon tu?" afwan memulakan perbualan. Sekadar berbasa-basi, tak nak lah orang lain anggap pasangan dia ni macam kayu!
Adam angkat kepala, memandang afwan yang dibaluti shawl berwarna biru pekat bersama lip balm berwarna merah pudar. Sejujurnya, adam suka dengan penampilan afwan. Walaupun nampak simple! Dia tetap nampak indah dimata adam.
"Boleh tengok gambar perempuan lain. Boleh mesej perempuan lain, boleh call perempuan lain, boleh..."
"Dah!" afwan terus memotong percakapan suaminya. Tak tahan lagi dengan kata-kata suaminya. Ingat dia tak ada hati dan perasaan ke?!
Adam gelak sinis. Dipandang wajah afwan yang mula menerbitkan wajah cemberut. Haih! Cemburu ke?
"Aku gurau jelah! Tak payah nak tayang muka macam tu. Tak comel nanti." gelak adam seraya merenung anak mata afwan. Hilang terus wajah cemberut afwan apabila melihatkan renungan adam.
Segan silu dia!
"Tak payah lah nak pandang macam tu." afwan mengalihkan pandangannya ke arah lain. Pura-pura melihat pelanggan yang sedang menikmati hidangan istimewa. Haih lapar pulak?
"Bila aku main fon, kau tanya apa yang best sangat main fon tu? Bila aku pandang kau, kau tak bagi pulak? Kau nak mana satu ni?" adam menyoal.
Afwan gigit bibir.
"Haih!" keluh adam saat dua mata itu melihat afwan yang hanya menyepikan soalannya. Dia kembali menatap kaca telefon pintarnya, dia sebenarnya membuka message dari namira. Kata namira esok pagi dalam pukul 8:00 dia akan ada bermesyuarat dengan salah seorang ahli perniagaan dari kuala lumpur. Jadinya dia terpaksa tumpukan perhatian kepada namira, kerana meeting itu penting baginya!
Masing-masing hanya diamkan diri, tidak mahu berbual apa lagi? Hanya mahu menunggu kehadiran waiter untuk menghantar hidangan makanan mereka. Setelah beberapa minit berlalu, tiba-tiba empat pasang telinga itu mendengar satu pergaduhan yang mula timbul. Adam dan afwan mula berpaling ke arah dua figura yang sedang berperang mulut. Pelanggan-pelanggan yang lain juga membuang pandangan ke arah mereka.
Terkejut bukan kepalang adam dibuatnya. Berdetak hebat jantung adam melihat pergaduhan eryna bersama seorang lelaki. Dan adam dapat mengecam yang lelaki itu adalah Haziq! Pantas, adam membangkit dari kerusi tanpa memikirkan afwan. Dia berjalan laju menghampiri eryna dan Haziq. Saat Haziq mahu mengangkat tangan lagak ingin menampar pipi eryna, dengan tak semena-menanya adam menghalang tamparan haziq dengan mencengkam tangan Haziq.
"Apa ni main tampar-tampar ni bro? Tak ada telur ke?" sinis adam menyoal. Sekaligus meleraikan tangan Haziq. Haziq memandang adam dengan pandangan tajam.
Eryna terkesima.
"Wah! Hero datang menyelamatkan heroin ke? Adam farhan tan sri hisyam! Kau siapa nak menyibuk dalam hal aku? Kau boyfriend dia ke? Bukan dah putus dah ke?" kata haziq dengan sinis. Dia cukup pantang kalau ada orang menyibuk dalam halnya. Lagi-lagi yang menyibuk musuh utamanya!
Naik panas adam mendengarnya. Aku putus sebab kau jugak!
"Tak guna kalau eryna kenal dengan kau. Jantan macam kau ni bersepah kat dunia ni. Kaki perempuan, kaki pukul, kaki baran. Kalau diikutkan hati aku, memang bersepai gigi kau. Tapi aku fikir ni restoran, aku tak nak buat kecoh! Aku tak nak jadi macam kau, tak ada otak nak tampar perempuan." hambur adam sebelum menarik tangan eryna pergi dari sini. Dia menapak keluar bersama eryna.

YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...