"Hello opah ?"
afwan menarik nafas baru. Hari ini tiba-tiba sahaja dia mahu berborak dengan opah. Sudah lama dia tak berborak dengan opah, last waktu dia dapat tahu adhan nak kahwin. Tu je, lepas tu tiada lagi khabar opah.
"Hah awat hang call opah? Baqu lani nak call? Dah busy sangat ka dekat kolumpo sampai dah tak ingat opah kat kampung?"
Opah menyindir. Kecewa jugak lah dia dengan sikap afwan yang mula berubah mendadak ni? Baru jadi bini oqang dah lupa opah dia yang kiut miut ni.
"Opah janganlah marah. Hawa mintak maaf sebab dah lama tak call opah. Hawa banyak masalah nak fikir sekarang ni?"
Nasib baik adam keluar pergi beli makanan. Senang lah dia nak berborak dengan opah kejap. Lagipun tentang kehadiran afikah ke sini, belum dia ceritakan kepada adam lagi.
Hari ini dia tak ada mood nak masak. Ceritanya begini, adam ajak afwan keluar makan tapi afwan bantah. Lalu si adam ni menyuruh si isterinya memasak pulak, tapi tiada mood pulak si isteri ni. Hah kesudahannya adam merajuk keluar beli makanan dekat kedai mamak yang berhampiran dengan apartment miliknya.
Tapi, tahu lah nanti macam mana afwan nak pujuk si suaminya tu. Mengalahkan budak kecil merajuknya tu!
"Masalah apa hawa? Mai habaq kat opah."
Afwan gigit bibir mendengar bicara opah di dalam corong telefon. Patut ke aku bagitahu hal yang sebenar pada opah? Tapi aku tak nak opah risau pulak? Kalau aku tak bagitahu opah, aku pulak yang terseksa sebab pendam perasaan.
"Eh budak ni, oqang tanya dia. Dia boleh pulak diam?"
Tersentak afwan jadinya. Aduh!
"Opah... mummy adam dah tahu hal yang sebenar." terang afwan bersama linangan airmata yang mula keluar.
Opah terkedu.
"Dia dah bencikan hawa. Dia dah tak mau nak pandang muka hawa lagi. Dia suruh adam ceraikan hawa, tapi adam tak nak. Lepastu adik ipar hawa mula merayu suruh hawa lepaskan adam. Hawa tak sanggup opah. Hawa cintakan adam sangat-sangat!"
Luah afwan panjang berjela. Dia menangis teresak-esak.
Luluh hatinya mendengar cucu perempuannya menangis di corong telefon. Tak sangka kejadian ini akan jadi secepat mungkin?
"Opah, kenapa hawa tak layak untuk bahagia? Apa salah hawa sebenarnya? Kenapa? Hawa dah penat berdoa supaya rumahtangga hawa kekal, tapi ada je dugaan yang datang. Apa yang tak kena pada diri hawa sebenarnya opah? Kenapa ramai yang bencikan hawa?"
Makin banyak airmata afwan membasahi pipi gebunya. Tersedu-sedu dia menangis. Walaupun tak dapat bersemuka dengan opah, namun dia dapat rasa reaksi wajah opahnya.
Sedih!
"Hang kena kuat! Kan opah dah habaq kat hang, sebelum rancang apa-apa kita kena pikiaq dulu. Hal perkahwinan dak boleh buat main. Kita semua ada dugaan hawa, bukan hang soqang jah. Qamai oqang yang kena serupa macam hang. Kalau dulu hang kuat tempuhi ujian dari Allah, kenapa sekarang hang dak boleh? Mesti hang boleh punya!"
"Tapi opah, keluarga adam dah bencikan hawa. Diorang ingat hawa pelacur opah. Hawa masih tahu batasnya. Hawa bukan perempuan macam tu. Hati hawa sakit dan remuk!"
Kata afwan lagi. Dipegang hatinya dengan sekuat mungkin.
"Walau macam mana pun, hang kena jaga rumahtangga hang. Masjid yang dibina tak boleh diruntuhkan. Ingat tu!"
Pesan opah.
"Inshaallah opah. Hawa tak boleh janji."
"Tak boleh lagu tu, hang kena janji dengan opah. Hang kena kuat!"
YOU ARE READING
Jodoh Dalam Keperitan
RomanceKarya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini buk...