Bab 43

10.5K 315 41
                                    

Afwan pandang adam. Dia berasa pelik kerana adam tiba-tiba sahaja membawanya ke rumah keluarga dia, mummy rindu aku ke? Atau ada benda yang nak dibincangkan? Tapi lah kan, paling aku hairan sekarang. Kenapa muka adam dari tadi tegang? Ada masalah ke eh? Setahu aku, aku tak ada pun buat dia marah hari ni?

"Jom lah turun, tunggu apa lagi?" adam membalas pandangan afwan. Dia bersuara dingin.

Tersentak afwan. Dia memberi anggukan bersama senyuman nipis. Dia segera turun dari kereta dan mengekori adam dari belakang. Sehingga lah dia dan adam berada di muka pintu utama.

"Assalamualaikum." adam membuka pintu tanpa senyuman di bibir merahnya. Manakala afwan berada di belakang adam.

"Walaikumsalam." puan sri halisha memandang. Pantas, dia mengangkat punggung dan menjurus ke arah afwan dan adam. Adam dan afwan menyalami tangan puan sri halisha.

Namun, sampai sahaja mereka di hadapan tan sri hisyam, adam berubah riak. Tetapi, dipaksakan jugak tangannya untuk menyalam kedua tangan kasar daddy-nya. Dia tak nak bersikap kurang ajar. Sampai giliran afwan, tan sri hisyam sekadar menyalam acuh tak acuh. Menyampah!

Adam dan afwan berlabuh punggung, dihadapan tan sri hisyam. Kelibat afikah tiada, mungkin ada di dalam bilik dia?

"Kenapa daddy buat arahan yang merepek?" tanpa menunggu, adam menyoal tegas. Direnung wajah tua daddy-nya.

Tan sri hisyam yang lengkap memakai spek mata berkaca putih, di buka seketika. Wajah anak lelakinya dipandang tanpa rasa gerun.

"For the interest of you, daddy's going to help you adam. That's it." balas tan sri hisyam selamba. Langsung tidak berasa serba-salah. Sesekali wajah menantu perempuannya dipandang sekilas.

"Kepentingan adam ke atau kepentingan daddy?" soal adam sinis. Dia tersenyum sumbing, cukup klise dengan jawapan daddy! Dia ingat aku ni tak ada isteri ke hah?!

Afwan memerhati gerak-geri diorang. Apa yang mereka bincang ni? Kepentingan apa? Aku tak faham?

"Please adam! Just ikut je plan daddy, jangan nak ego sangat."

"I have wife daddy! She is my lover, i can't married with eryna! Stop ship me and her!" adam menengking. Dia menengking bukan sebab ingin berkurang ajar, tapi tan sri hisyam benar-benar buat dia rasa tercabar.

Afwan bungkam. Sebodoh dia pun, dia masih faham bahasa english. Tak dia menyangka, yang tan sri hisyam mahu adam berkahwin dengan eryna? Ya Allah, apa yang terjadi ni?

"No! Perempuan yang adam pilih ni tak sesuai dalam keluarga kita! Dia hanya perempuan miskin, yang tak ada berpelajaran tinggi. Dia bukan menantu pilihan daddy!" balas tan sri hisyam yang mula naik berang. Rahangnya bergerak.

Terkesima afwan mendengarnya, begitu jugak puan sri halisha.

"Abang!" puan sri halisha mencelah.

"Awak diam!" tan sri hisyam menoleh memandang puan sri halisha, yang turut terkejut dengan kata-katanya. Dia memberi arahan kepada puan sri halisha.

Terkedu puan sri halisha, dia diam bukan bermakna takut. Tapi lebih kepada kecewa, tergamak suaminya melontarkan kata-kata kesat kepada menantu sendiri. Satu habuk pun, dia tak kesah tentang asal usul afwan, ya dia akui wanita itu hanya berpangkat rendah dan tidak punya pelajaran yang tinggi.

Tapi, biar ilmu dengan budi bahasa. Kalau pandai sampai belajar overseas pun, kalau kata-kata tak pandai nak jaga, sama jugak tu kan?

"So, sebab tu daddy suruh adam kahwin dengan eryna? Sebab duit dan harta?! Sebab pangkat yang tinggi?! Sampai bila-bila pun, adam akan tetap bersama afwan. Biarlah dugaan datang sekalipun, adam akan tetap cintakan afwan sampai mati!"

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now